Hari ini hari yang menyedihkan untuk seluruh rakyat Malaysia terutama sekali rakyat Kedah. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah mangkat pada usia 89 tahun.
Tuanku Abdul Halim mengembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959. Sepanjang hayatnya, Tuanku Abdul Halim merupakan peminat no.1 bola sepak di Kedah.
Menjadi satu-satunya Sultan setakat ini yang menaiki tahta selama 2 kali sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia. Tuanku meninggalkan istana negara pada Disember tahun lalu selepas penggal berakhir dan digantikan oleh Sultan Muhammad V.
Tuanku Abdul Halim dikenali dengan pertawatakan baginda yang senang didekati dan sangat lembut di dalam tutur katanya.
Tuanku Abdul Halim sentiasa prihatin dengan bola sepak Kedah. Pernah beberapa kali mengadakan majlis penghargaan kepada bola sepak Kedah di istana baginda.
Pengumuman rasmi mengenai kemangkatan baginda kemudiannya dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman.
Salam takziah daripada kami di semuanyaBOLA.