Selepas Itali gagal menempatkan diri dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di Russia, pengendali baharu Itali, Roberto Mancini mempunyai beberapa rancangan untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan skuad Azzuri.
Beliau berkata tidak dapat beraksi di dalam kejohanan berprestij itu merupakan sesuatu yang sukar buat pasukan sepertinya yang sentiasa memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.
“Saya rasa ada sesuatu yang perlu dilaksanakan demi pasukan kebangsaan. Saya fikir ini adalah masa yang terbaik bagi saya.
“Saya mahu buat perancangan jangka masa panjang dan membawa Itali menjadi pasukan pilihan,” kata Mancini dalam sidang akhbar di pusat latihan skuad kebangsaan di Coverciano, Florence.
Skuad Azzurri tidak mempunyai jurulatih tetap sejak Gian Piero Ventura dipecat susulan juara dunia empat kali itu gagal menempatkan diri ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.
Mancini yang juga bekas pengurus Manchester City dan Inter Milan menandatangani kontrak selama dua tahun semalam, selepas menamatkan kontrak lumayan dengan kelab Russia, Zenit Saint Petersburg.
Difahamkan kontrak pengendali itu bersama Itali dianggarkan bernilai 2 juta euro (RM9.38 juta) setahun bakal menyaksikan Mancini membimbing Itali untuk layak ke saingan Euro 2020.
Jika berjaya, secara automatik kontrak tersebut akan diperbaharui sehingga Jun 2022 menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar.
Roberto Mancini is reportedly planning to speak to Balotelli about returning to the Italian national team, after a long time out the squad.
The boys are back! 🇮🇹 pic.twitter.com/9s2HkgTr69
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 15, 2018
Mancini menunjukkan minat untuk mengambil alih skuad kebangsaan itu selepas mengorbankan kontrak lumayannya bersama Zenit Saint Petersburg.
Selepas kontrak tiga tahun itu dibatalkan secara rasmi atas persetujuan bersama, jurulatih berusia 53 tahun itu segera menuju ke Rome semalam dan menandatangani kontrak dengan Itali.
Tugasnya termasuk membentuk dan membawa Itali ke Kejuaraan Eropah 2020 dengan perlawanan pertama kendaliannya adalah aksi persahabatan menentang Arab Saudi di Switzerland 28 Mei ini.
Pesuruhjaya FA Itali Roberto Fabbricini berkata Mancini menunjukkan ‘keinginan mendalam’ untuk menjadi jurulatih baru Itali.
Mancini pernah membawa Manchester City menjulang gelaran Inggeris pertama selepas 44 tahun pada 2012, menjuarai tiga gelaran Serie A dengan Inter Milan. Beliau juga menjulang Piala Itali bersama Inter, Fiorentina dan Lazio.