Sebelum ini, Manchester United telah menambah kapasiti tempat duduk untuk orang kelainan upaya (OKU) di Old Trafford.
Ia sebagai langkah untuk menggalakkan lagi ramai penyokong yang kelainan upaya bertandang ke stadium dan menikmati kemudahan yang kondusif.
Ini juga menepati piawaian yang ditetapkan oleh FA England yang meminta semua stadium menyediakan sekurang-kurangnya 300 tempat duduk untuk OKU.
Namun usaha murni ini dicemari oleh seorang penyokong United yang telah menggunakan gambar OKU dalam troll dia di media sosial.
Tidak pasti sama ada status ini telah dilaporkan oleh individu lain kepada kelab atau dikesan oleh petugas media sosial Manchester United.
Ia telah kantoi dan pihak kelab serta merta mengambil tindakan. Penyokong tersebut telah dilarang untuk memasukki Old Trafford selama 3 tahun.
Ini adalah amaran keras daripada Manchester United kepada mana-mana penyokong mereka yang menyalahgunakan gambar OKU seperti ini untuk troll.
Manchester United telah menghantar surat pemberitahuan dan amaran. Baki wang dalam pas bermusim beliau sebanyak £190 telah dikembalikan.
Penggantungan ini berkuat kuasa untuk semua perlawanan di gelanggang sendiri dan tempat lawan melibatkan Manchester United.
Lelaki tersebut agak marah dan bertekad untuk memaki hamun pegawai tiket di kaunter selepas ini.
Kami di semuanyaBOLA memberi tabik hormat kepada pengurusan Manchester United yang sangat tegas dalam hal sebegini.
Berharap ia dapat dijadikan contoh oleh pengurusan kelab dan pasukan di negara kita.
Baca juga: Manchester United Kecilkan Stadium, Beri Ruang Kepada Penyokong OKU