Menurut laporan oleh Sky Sports, Ed Woodward dilaporkan sudah menghubungi Fulham untuk mendapatkan pemain muda versatile, Ryan Sessegnon.
Sessegnon merupakan pemain yang boleh bermain di posisi ‘flanker’ sama ada sebagai bek sisi ataupun pemain sayap. Beliau merupakan antara pemain yang memiliki kebolehan untuk menjaringkan gol.
Fulham dikatakan meletakkan tanda harga harga £40 juta untuk pemain yang akan berusia genap 19 tahun hari ini.
Ole Gunnar Solskjaer dikatakan mengutamakan bakat muda yang dilihat ada potensi cerah. Sebelum ini Solskjaer memberitahu mereka tidak terdesak untuk menandatangani pemain bintang.
Sky Sports juga menyatakan Solskjaer mengutamakan pemain yang berusia bawah 24 tahun dalam rekrut kali ini.
Solskjaer beberapa hari lalu berkata: “Ronaldo bukan pemain yang ‘ready made’, Rooney juga buka pemain ‘ready made’ ketika mereka datang ke sini. Namun kelab ini membangunkan para pemain untuk menjadi lebih baik.”
Buat masa ini, Man. United masih merasakan tanda harga £40 juta agak tinggi untuk pemain muda tersebut. Walaubagaimanpun Fulham masih tidak berganjak dengan pendirian mereka. Hal ini kerana Sessegnon juga mendapat perhatian daripada kelab seperti Spurs dan Paris St. Germain.
Sessegnon dilaporkan lebih memilih Spurs berbanding dengan kelab kaya di kota Paris itu. Namun segalanya kini mungkin berubah.
Spurs pernah berusaha mendapatkan Sessegnon dalam jendela perpindahan sebelum ini. Namun isu harga menjadi penghalang.
Daniel Levy dijangka akan datang kembali untuk memburu khidmat Ryan Sessegnon. Levy dikenali dengan sikapnya yang suka membiarkan pasukan lain berunding dahulu. Apabila berlaku konflik dalam tawar menawar, Levy akan datang dengan tawaran mereka pada lewat jendela perpindahan.
Walaubagaimanapun, Spurs kini dilaporkan mahu mengutamakan Andre Gomes terlebih dahulu. Selepas itu baru mereka akan pergi kepada Ryan Sessegnon.
Fulham tersingkir daripada EPL meskipun berbelanja besar pada awal musim. Dan mereka terpaksa melepaskan beberapa pemain mereka untuk mengimbangi akaun pasukan.
Manchester United sedar akan berita yang menyatakan Spurs sudah mengintai khidmat pemain itu sejak 2 tahun lepas.
Man. United kini mahukan seorang pemain bek sisi yang dinamik bagi diserapkan ke dalam pasukan mereka.