Selepas kekalahan 1-3 kepada juara bertahan EPL, Manchester City, skuad Manchester United kendalian Jose Mourinho kini sudah boleh melupakan hasrat untuk merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.
Pengurus kelahiran Portugal itu juga mengakui, pasukannya boleh dianggap bernasib baik jika dapat menempatkan diri dalam kelompok empat teratas selepas ketinggalan 12 mata di belakang City.
Jose Mourinho can forget the Premier League title. Man Utd are 7 points off Tottenham in fourth, so another pre-season target is also becoming tougher to attain.
— Fuad Alakbarov (@DrAlakbarov) November 12, 2018
Mourinho akui kualiti skuad Manchester United masih jauh
“Sejak awal musim lagi kami sedar terdapat perbezaan kualiti (dengan City) dan kami hanya bersaing untuk kelompok empat terbaik,” kata Mourinho kepada BBC Sports
Ini kekalahan keempat United musim ini, sekali gus menyebabkan mereka jatuh ke tangga kelapan liga dan berisiko gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Jose Mourinho has his excuses for Manchester United's derby defeat… pic.twitter.com/2Ou6VWaH4V
— ESPN FC (@ESPNFC) November 12, 2018
Kali terakhir United menewaskan City di Etihad adalah April lalu apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menang 3-2.
Dalam pertemuan derbi Manchester kelmarin, City bermula garang apabila mendahului 2-0 menerusi David Silva dan Sergio Aguero.
Biarpun United merapatkan jurang menerusi penalti Anthony Martial pada minit ke-58, namun Ilkay Gundogan menutup harapan pelawat untuk bangkit dengan meledak gol ketiga pada minit ke-84.
Mourinho tetap memuji dan enggan kritik prestasi pemain
Berbeza dengan sesetengah kekalahan musim ini, Mourinho enggan mengkritik karakter dan usaha anak buahnya.
“Kami melakukan kesilapan. Kami dihukum namun memberikan tentangan bersama, ia adalah sesuatu yang kami bina dan tidak kehilangannya kerana satu kekalahan,” katanya.
“Tiada kritikan kepada pemain saya, semuanya positif. Saya bersama mereka dan sebaliknya,” jelas bekas pengendali Real Madrid itu.
Skuad kendalian Mourinho turun tanpa pemain tengah Perancis, Paul Pogba kerana kecederaan namun beliau tidak mahu menggunakan ia sebagai alasan selain mengakui langkah menurunkan Marouane Fellaini merencatkan perancangannya.
"That's the way people that don't understand football analyse football, is with stats." 😬
Jose Mourinho blasts critics who use 'stats' after @ManUtd's defeat: https://t.co/EyXdU4LVdN pic.twitter.com/s7n9ZjuCT8
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 12, 2018
“Saya tidak suka bercakap tentang kekalahan dan tentang pemain yang tidak dapat diturunkan. Saya tidak gemar mengenainya namun dia adalah penting untuk kami dalam banyak aspek,” jelas Mourinho merujuk kepada Pogba.
“Kami terpaksa menurunkan Fellaini dari awal, dia tidak bersedia untuk aksi 90 minit. Saya boleh bayangkan ketika ketinggalan 2-1 dan saya berpeluang menurunkan Fellaini, mereka pasti berdepan masalah besar”.