Manchester United Setuju Untuk Membayar £75 Juta Diminta Everton Untuk Lukaku

Lukaku ke Manchester United dilaporkan hanya menunggu pengumuman rasmi kelab sahaja. Beberapa media seperti ESPN dan BBC melaporkan Manchester United setuju untuk membayar £75 juta kepada Everton.

Sebelum ini, kapten Manchester United, Wayne Rooney kembali semula ke Everton. Selepas beberlanja hampir £100 juta, Ronald Koeman melepaskan Lukaku ke United untuk mengurangkan perbelanjaan bersih mereka.

Beberapa hari lalu, salah seorang wakil pengurusan Lukaku memberitahu bahawa pemain tersebut lebih memilih untuk ke Manchester United berbanding dengan pulang semula ke Chelsea.

Lukaku menjadi penggempur utama di EPL sejak menyertai Everton. Musim lalu Lukaku menjaringkan 25 gol dalam kempen EPL bersama Everton.

Sebelum musim berakhir, Lukaku memberitahu yang beliau tidak akan melanjutkan kontrak beliau yang berbaki 2 tahun lagi dengan Everton.

Berita itu terus membuatkan banyak kelab di Eropah cuba mendapatkan pemain tersebut. Namun, Everton meletakkan valuasi harga £75 juta. Ini yang membuatkan banyak kelab menarik diri.

Pengurus Everton terdahulu, Roberto Martinez mahukan £100 juta untuk Lukaku ketika Chelsea dikaitkan dengan bintang Belgium tersebut.

Lukaku akan menjadi pengganti kepada Zlatan Ibrahimovic di Manchester United. Ini adalah kali kedua Jose Mourinho bekerjasama dengan Lukaku.

Sebelum ini, Mourinho menjual pemain tersebut ke Everton dengan nilai £28 juta. Lukaku antara nama yang berada di dalam kertas senarai yang diserahkan oleh Mourinho kepda Ed Woodward.

Sumber:

BBC – http://www.bbc.com/sport/football/40516483

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN