Bintang Brazil, Neymar Da Silva Santos menjadi buruan beberapa kelab gergasi eropah yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga musim hadapan.
Laporan media daripada Metro UK menyebut, selain kelab gergasi La Liga, Real Madrid, Manchester United dilaporkan bersedia untuk membuat pembelian sensasi memecah rekod dunia dengan membawa penyerang kelab Paris Saint-Germain (PSG) itu ke Old Trafford.
Malah, Neymar turut memadam nama kelab PSG di laman instagram miliknya sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahannya ke Manchester United.
https://twitter.com/madridxtra/status/995327013786353664
Kelab gergasi Inggeris itu menyatakan dengan jelas akan bersaing dengan Real Madrid bagi mendapatkan tandatangan pemain kebangsaan Brazil itu jika dia meninggalkan PSG pada musim panas ini.
https://twitter.com/utdxtra/status/995418045685354497
Kos untuk mendapatkan Neymar dijangka mencecah STG200 juta (RM1.06 bilion) tetapi United berkata mereka bersedia untuk membuat bayaran memecah rekod dunia selain menyamai jumlah gajinya STG30 juta (RM106.9 juta) setahun.
Kelab gergasi Sepanyol, Real dipercayai berada di barisan hadapan untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu yang membuat kejutan apabila meninggalkan Barcelona untuk menyertai PSG pada musim panas lalu dengan nilai STG198 juta (RM1.05 bilion).
Begitupun, usaha United dipercayai bergantung kepada bapa Neymar dengan kedua-duanya dikatakan sedang berusaha untuk mencapai kata sepakat.
Neymar's father is a #mufc fan and would love to see his son play at Manchester United one day #mulive [mirror]
— utdreport (@utdreport) May 12, 2018
Bapa Neymar adalah peminat United dan mengakui gembira jika anaknya bermain dengan kelab itu satu hari nanti.
Di PSG, Neymar beberapa kali bertegang leher dengan pengurus, Unai Emery dan sekalipun pengurus Sepanyol itu akan meninggalkan kelab bulan ini, ia dipercayai tidak mengubah keinginannya untuk meninggalkan ibu kota Perancis itu.
Neymar yang ketika ini berada di Paris begitupun mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri mengenai spekulasi itu dan menghabiskan masanya dengan proses pemulihan susulan kecederaan.
Walabagaimanapun, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menegaskan bahawa Neymar pasti ‘2000%’ tidak akan meninggalkan PSG pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Neymar kini masih mempunyai kontrak selama empat tahun lagi dengan PSG dan juga dalam proses pemulihan kecederaan.