Manchester United diikat dengan keputusan 1-1 oleh Rostov dalam perlawanan pertama peringkat 16 pasukan terakhir UEL.
Jose Mourinho bermain dengan sistem bek bertiga dalam perlawanan ini dengan Ashley Young dan Daley Blind bermain bek sayap.
Manchester United jelas bermain dengan sistem yang lebih direct kerana keadaan padang yang dilabel Mourinho teruk.
Manchester United memiliki peluang keemasan pada awal perlawanan, namun Paul Pogba sekadar menyepak angin.
Namun, 10 minit sebelum rehat separuh masa, Henrik Mkihtaryan menjaringkan gol pembukaan selepas aksi menarik Zlatan Ibrahimovic.
Bersambung babak kedua, Zlatan Ibrahimovic melakukan cubaan yang terkena palang.
Tidak lama selepas itu Aleksandr Bukharov menyempurnakan hantaran Timofei Kalachev untuk jaringan penyamaan.
Dalam perlawanan ini, Marcos Rojo dan Henrik Mkhitaryan adalah 2 pemain yang paling cemerlang untuk United.
Rojo dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Rojo dilihat selesa bermain dalam keadaan padang yang teruk.
Ini kerana beliau sudah terbiasa bermain dalam padang sebegitu ketika kecil dan remaja.
Mourinho: “Aksi memuaskan”
Mourinho turut memuji anak-anak buah beliau dan berkata agak mustahil untuk bermain dengan taktikal yang lebih banyak hantaran.
Beliau berkata:
“Ia satu persembahan yang sangat baik dari kami, dengan mengambil kira keadaan padang.”
“Sukar untuk bermain lebih baik dan mustahil untuk bermain bola sepak dengan hantaran-hantaran lebih banyak.”
“Kami akan memulakan perlawanan kedua dengan kelebihan selepas ini. Dan tidak ada pemain yang cedera.”
Seterusnya
Manchester United akan menentang Chelsea dalam peringkat suku akhir saingan Piala FA pada Isnin ini. Mourinho berkata:
“Kami tidak akan bermain dengan pasukan Nicky Butt (Butt adalah jurulatih skuad remaja United). Kami tidak boleh bermain dengan pasukan Nicky Butt.”
“Manchester United kelab yang sangat besar. Manchester United adalah juara bertahan kejohanan ini.”
Baca juga: Analisis Taktikal UCL: Taktikal High Pressing Barcelona Hampakan Taktikal Defensif PSG