Manchester United Perlukan Penyerang Prolifik, Jovic & Cavani Calon Pilihan

Luka Jovic Edinson Cavani Manchester United

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup pada Isnin depan, Manchester United masih tercari-cari pemain baharu untuk dibawa masuk ke Old Traford selepas hanya berhasil mendapatkan seorang pemain sahaja setakat ini.

Selepas usaha untuk memancing Jadon Sancho dari Borussia Dortmund telah gagal, kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan kini dilaporkan sudah berkira-kira untuk beralih kepada beberapa calon alternatif dengan menyenarai pendek pemain Ousmane Dembela dan Ismaila Sarr.

Pemain sayap Perancis berusia 23 tahun tersebut merupakan pemain termahal Barcelona apabila beliau melengkapkan perpindahan dari Borussia Dortmund dengan harga €105 juta pada Ogos 2017. Sarr pula mungkin calon yang lebih ‘berpatutan’ setelah tersingkir Watford dari EPL.

Namun beberapa pihak berpendapat keutamaan Ole Gunnar Solskjaer ketika ini bukan pemain di bahagian sayap, tetapi yang lebih penting adalah mendaptakan penyerang utama kerana United kini hanya bergantung kepada Anthony Martial dan pemain pinjaman Odion Ighalo. Malah Martial juga boleh beraksi dengna dengan di posisi tersebut.

Dua pemain yang boleh dipertimbangkan adalah bekas penyerang Paris Saint Germain (PSG), Edinson Cavani dan juga penyerang muda Real Madrid, Luka Jovic.

Reputasi penyerang Uruguay berusia 33 tahun itu tidak perlu dipertikaikan lagi selepas muncul penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman. Sekalipun beliau mungkin tidak menepati polisi pembelian pemain baharu United, namun untuk jangka masa pendek sentuhan penyudahnya amat diperlukan.

Manakala Jovic pula bergelut sepanjang musim pertamanya di Real Madrid dan gagal memenuhi jangkaan yang diharapkan dan Zinedine Zidane telah pun memintanya untuk mencari pasukan baharu. Beberapa kelab Eropah telah pun menunjukkan minat untuk memberi penyerang Croatia tersebut.

Jika dibuat perbandingan, setakat ini United cuma mengeluarkan belanja £39 juta sahaja untuk mendapatkan Donny van de Beek dari Ajax. Sementara beberapa pasukan lain pula begitu sakan berbelanja seperti Chelsea yang sudah pun ‘melabur’ sehingga £204 juga dan Manchester City pula sebanyak £147 juta.

Beberapa bekas pemain seperti Gary Neville, Roy Keane dan Darren Fletcher sudah pun menyatakan kebimbangan mereka mengenai kemampuan United untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain untuk menamatkan saingan EPL di kedudukan empat pasukan teratas dan jauh sekali bagi merebut kejuaraan.

“Untuk Manchester United mencapai sasaran mereka [musim ini], mereka perlukan pemain baharu. Mungkin mereka perlukan tiga, empat atau lima pemain untuk sekurang-kurangnya mampu menyaingi Liverpool.

“Jika mereka gagal merekrut [pemain baharu. sukar untuk mereka mendapat kedudukan empat teratas,” ujar Keane kepada SkySports.

“Saya tidak mahu memberi tekanan atau kritikan kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana saya rasa dia telah melaksanakan tugasannya dengan cemerlang. Jadi pihak pengurusan perlu menyokongnya. Ole telah mengenal pasti pemain yang dia mahukan, jadi kelab kena bantu untuk mendapatkannya.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN