Manchester United Pasukan Paling Muda Dalam Premier League

Manchester United mempunyai pasukan paling muda, secara puratanya, di Premier League pada musim 2019/2020 menurut data dari transfermarkt.com.

Pendedahan baru ini seiring dengan komitmen pengurus mereka Ole Gunnar Solskjaer kepada pemain muda dan tradisi kelab yang sentiasa memberi peluang kepada pemain akademi sendiri.

Umur purata kesebelasan Manchester United pada musim ini hanya 24 tahun, lebih muda dari pencabar-pencabar terdekat seperti Bournemouth, Chelsea, Aston Villa dan Everton.

Kelab Jumlah pemain digunaPurata umur skuadPurata umur kesebelasan utama
1Manchester United2825.824.8
2Bournemouth2526.225.2
3Chelsea2626.125.3
4Aston Villa 2827.125.5
5Everton2527.425.7
6Norwich City2627.625.8
7Southampton2325.725.8
8Leicester City2127.225.9
9Arsenal2725.426.0
10Newcastle United2727.526.2

Rekod kesebelasan utama paling muda di Premier League pada musim 2019/2020 dipegang oleh United ketika pertemuan menentang Brighton & Hove Albion di Old Trafford pada 10 November lepas.

United menang 3-1 hasil jaringan Andreas Pereira, Scott McTominay dan Marcus Rashford.

Kesebelasan utama mereka dalam perlawanan tersebut adalah: David de Gea (29), Aaron Wan-Bissaka (22), Victor Lindelof (25), Harry Maguire (27), Brandon Williams (19), Scott McTominay (23), Fred (27), Daniel James (22), Andreas Pereira (24), Marcus Rashford (22) dan Anthony Martial (24).

Kesebelasan utama kedua termuda dipilih United semasa kemenangan 4-1 menentang Newcastle United pada Boxing Day, sama muda dengan kesebelasan utama yang dipilih pengurus interim Arsenal, Freddie Ljungberg ketika seri dengan Everton.

Kesebelasan utama paling muda yang dipilih Solskjaer sepanjang musim setakat ini adalah ketika kekalahan 1-2 United kepada Astana dalam perlawanan kumpulan Europa League pada hujung November lepas.

Dalam perlawanan tersebut, Solskjaer menurunkan sembilan graduan pemain akademi.

Kesebelasan utama mereka dalam perlawanan tersebut adalah: Lee Grant (37), Ethan Laird (18), Axel Tuanzebe (22), Di’Shon Bernard (19), Luke Shaw (24), James Garner (19), Dylan Levitt (19), Tahith Chong (20), Jesse Lingard (27), Angel Gomes (19) dan Mason Greenwood (18).

Ketibaan Bruno Fernandes (25) dan Odion Ighalo (30) pada jendela perpindahan musim sejuk menambah pengalaman kepada skuad muda United.

Tetapi pelaburan masa dan kesabaran yang dibuat Solskjaer di United adalah bukti jelas beliau mahu kelabnya kembali berpegang kepada tradisi The Red Devils yang sentiasa mempromosi bakat dari akademi.

Rekod kesebelasan utama paling muda dalam sejarah Manchester United dipegang oleh Sr Alex Ferguson pada musim 2005/2006, iaitu 21.3 tahun.

Ferguson menurunkan kesebelasan utama itu ketika kemenangan 4-1 dalam aksi pusingan ketiga League Cup menentang Barnet.

Kesebelasan utama mereka dalam perlawanan tersebut adalah: Tim Howard (26), Wes Brown (26), Gerard Pique (18), Adam Eckersley (20), Phil Bardsley (20), Liam Miller (24), Ritchie Jones (19), Kieran Richardson (21), Lee Martin (18), Giuseppe Rossi (18) dan Sylvan Ebanks-Blake (19).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN