Manchester United Menolak Bidaan Besiktas Untuk Fellaini Kerana Terlalu Rendah

Beberapa jam yang lalu, beberapa laporan di England menyatakan yang Marouane Fellaini sedang menuju ke Besiktas untuk perpindahan Januari ini.

Fellaini yang masih belum menerima sebarang tawaran kontrak baru daripada Manchester United berada dalam senarai pemain untuk dijual sebelum menjadi ejen bebas.

Fellaini antara pemain yang menunjukkan peningkatan yang ketara musim ini. Sejak Mourinho mengambil alih jawatan pengurus Manchester United, Fellaini telah menjadi antara pemain penting beliau.

Musim ini Fellaini banyak beraksi untuk United sama ada secara kesebelasan utama ataupun pemain gantian. Beliau terpaksa disisihkan kerana masalah kecederaan.

(Pic by David Rawcliffe/Propaganda)

Manchester United dikatakan terbuka untuk menerima sebarang tawaran untuk Fellaini dan jika pemain itu meminta untuk keluar.

Namun dikatakan tawaran Besiktas terlalu rendah iaitu bernilai £8 juta. United meminta Besikttas untuk memperbaiki bidaaan tersebut.

Mourinho perlu menjual beberapa pemain untuk membeli pemain baru. Ini kerana Manchester United enggan dikaitkan dengan salah laku Financial Fair Play (FFP). Ini selepas Mourinho membelanjakan £285 juta untuk membeli 6 pemain dalam masa 2 tahun.

Perbelanjaan yang besar ini membuatkan bil hutang Manchester United meningkat kepada 13.5% ataupun £263.5 juta.

Mourinho dikatakan mahu membawa beberapa pemain baru seperti Emil Forsberg ke Old Trafford.

Adakah Besiktas akan dapat membawa Fellaini ke kelab pada Januari ini? Atau mungkin Fellaini bersatu semula dengan David Moyes di West Ham United? Siapa tahu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN