Ke manakah De Ligt musim hadapan? Sebelum ini Barcelona menyatakan bahawa usaha untuk mendapatkan De Ligt sedikit sukar. Ini kerana pihak De Ligt dan Barcelona gagal mencapai kesepakatan dalam isu melibatkan pakej wang.
Namun Barcelona masih berusaha untuk mendapatkan pemain itu bagi menyertai mereka – selepas memeterai perjanjian dengan Frenkie De Jong sebelum ini.
De Ligt merupakan kapten Ajax Amsterdam yang baru berusia 19 tahun ketika pasukan itu menjadi juara Liga Belanda 2018/19.
Beliau juga antara watak penting dalam kejayaan Ajax mara sehingga ke separuh akhir UCL 2018/19.
Di peringkat antarabangsa beliau merupakan pemain utama skuad Belanda.
Maka tidak hairanlah Ajax sebelum ini menyatakan pemain ini telah membuatkan meja pejabat mereka penuh dengan tawaran daripada kelab-kelab lain.
Seterusnya beberapa hari lalu Man. City dilaporkan memulakan langkah untuk mendapatkan De Ligt bagi menggantikan Vincent Kompany yang meninggalkan kelab itu.
De Ligt dikenalpasti sebagai pemain yang sangat sesuai dengan sistem permainan Pep Guardiola. Ini kerana Ajax juga pasukan yang membina serangan daripada bawah dengan bola rendah.
Manchester United tidak mahu ketinggalan dalam usaha membawa Matthijs De Ligt ke kelab itu. Man. United menawarkan gaji lebih lumayan kepada De Ligt dalam usaha untuk menarik pemain itu ke Old Trafford.
Man United 'offer £236k-a-week' to Ajax star Matthijs de Ligt in bid to gazump Barcelona and Man City https://t.co/SzpjC3oPti
— Mail Sport (@MailSport) May 23, 2019
Lagipun Man. United dan ejen De Ligt iaitu Mino Raiola sudah beberapa kali memeterai kerjasama sebelum ini.
Man. United juga dikatakan cuba meyakinkan De Ligt bahawa pemain itu boleh menjadi ‘poster boy’ dalam revolusi Ole Gunnar Solskjaer.
Man. United menawarkan gaji yang sangat tinggi kepada Matthijs de Ligt iaitu £236 seminggu. Ini bermakna De Ligt boleh meraih pendatapan sekitar £12.3 juta setahun.
Man. United sedar, mereka perlu menawarkan pakej kewangan yang sangat tinggi kepada pemain seperti De Ligt kerana kelab itu gagal beraksi di UCL.