Satu kajian dilakukan oleh Global Sports Salaries Survey (GSSS) melaporkan pasukan yang memberikan gaji pemain paling tinggi secara keseluruhan dalam sukan ialah pasukan NBA, Cleveland Cavaliers.
Cavaliers mengeluarkan kos £6.54 juta setahun ataupun £125,883 sebulan sehingga Oktober 2016 untuk gaji setiap pemain mereka. Ia juga dipengaruhi LeBron James yang menyertai mereka sebelum ini.
Selain itu, pasukan NBA turut merasai impak peningkatan mendadak kerana Brexit nilai dollar-pound tidak menentu.
Tahun ini 8 daripada 10 teratas dikuasai pasukan NBA berbanding dengan 7 daripada 10 teratas dikuasai pasukan bola sepak pada musim lalu.
Pasukan besbol New York Yankees di tangga kedua dengan membayar gaji seorang pemain mereka £5.8 juta setahun.
Manchester United Paling Tinggi Bayar Gaji Pemain
Manchester United berada di tangga ke-4 dan menjadi pasukan bola sepak dengan pemberian gaji tertinggi pada 2016.
Kemasukan nama-nama besar seperti Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic dalam pasukan Manchester United meningkatkan lagi perbelanjaan untuk setiap seorang mereka. Wayne Rooney kekal pemain berpendapatan paling tinggi di EPL.
United mengeluarkan £5.77 juta setahun atau £110,962 sebulan untuk gaji seorang pemain. Ia mengatasi Barcelona (£5.65 juta setahun) yang berada di tangga ke-5 dan Manchester City (£5.4 juta setahun)di tangga ke-9 secara keseluruhan.
Hanya 3 pasukan bola sepak berada di 10 teratas kali ini berbanding dengan 7 musim lalu. Manchester United dan Manchester City turut menjadi hanya 2 pasukan EPL yang berada di kedudukan 30 teratas.
Chelsea berada di tangga ke-34, Arsenal ke-47, dan Liverpool tidak berada senarai 60 teratas.
Arsenal mungkin akan merasai kenaikan selepas kontrak beberapa pemain dimeterai. Antaranya Alexis Sanchez dan Mesut Ozil.
Liverpool berjaya mengurangkan kos gaji dengan baik selepas mengeluarkan pemain seperti Balotelli dan Benteke. Manakala Chelsea tidak menawarkan gaji terlalu mahal pada 2016.
Namun begitu pasukan EPL dijangka akan menguasai ranking pada tahun 2017 selepas perjanjian blockbuster dalam penyiaran musim ini.
Bayangkan, purata bayaran gaji seorang pemain EPL musim ini adalah atas £2.4 juta. Ia lebih 2 kali ganda berbanding dengan purata bayaran pemain La Liga yang berada di tempat kedua di belakang mereka.
Pasukan lain seperti Real Madrid berada di tangga ke-19 dan PSG berada di tangga ke-35. Real Madrid mungkin akan meningkat mendadak pada 2017 kerana kontrak baru Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.
Kajian GSSS tahun ini melibatkan 333 pasukan daripada 17 liga sukan melibatkan 7 sukan berbeza. Hasil data mereka mendapati 333 pasukan tersebut membayar $18.6 billion untuk pasukan utama mereka.
Baca juga : Parma, Kisah Bola Sepak Moden, Giant Killer Dan Kejatuhan Empayar I Crociatini