Manchester United lantik pegawai khas untuk bertugas sebagai pegawai anti-keganasan di stadium.
Pegawai yang dilantik merupakan seorang bekas pegawai polis yang pernah berkhidmat di unit siasatan khas Balai Polis Greater Manchester.
Keselamatan untuk penonton
Manchester United lantik pegawai khas ini merupakan pertama kali dilakukan oleh mana-mana kelab sukan yang ada di England.
Tugas pegawai tersebut adalah untuk memastikan setiap kereta yang keluar dan masuk ke tapak letak kereta di Old Trafford akan diperiksa secara lebih berkala daripada selalu.
Selain daripada itu, para penyokong juga akan diperiksa dengan lebih ketat ketika hendak melepasi pintu masuk stadium menuju ke tempat duduk.
Berita pelantikan pegawai yang belum lagi diperkenalkan itu tersebar di forum kelab Manchester United. Dan pelantikan pegawai tersebut dapat menambahkan lagi jaminan keselamatan di stadium Old Trafford.
Terancam
Tindakan Manchester United lantik pegawai khas itu merupakan satu tindakan yang tepat bagi kebanyakan penyokong.
Hal ini kerana, Old Trafford sering terancam sebagai kawasan sasaran untuk pengganas melakukan serangan di stadium.
Terkini, stadium Old Trafford menjadi menerima ancaman letupan bom ketika perlawanan diantara Manchester United menentang Bournemouth.
Perlawanan diantara 2 pasukan tersebut ditangguhkan buat sementara waktu kerana pihak keselamatan stadium menemui bom palsu yang diletakkan di dalam tandas stadium.
Selain itu juga, pernah terjadi satu insiden dimana 2 pengunjung stadium Old Trafford yang hadir atas kapasiti lawatan stadium telah pergi menyorok di tandas Old Trafford dengan harapan agar dapat menonton perlawanan antara Manchester United dengan Arsenal.
2 pengunjung tersebut kemudiannya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.
Pada pengamatan kami, tindakan Manchester United melantik pegawai keselamatan anti-keganasan di stadium adalah bertepatan sebagai salah satu langakah untuk mencegah perkara tidak diingini berlaku di stadium – dan ketika perlawanan sedang berlangsung.
Diharap langkah yang dilakukan oleh Manchester United ini dapat diikuti oleh kelab-kelab lain, terutamanya kepada kelab yang stadium mereka sering menerima ancaman serang berbahaya.
Baca juga: England FA Cadangan Peraturan Lebih Ketat Untuk Pemain Yang Lakukan Simulasi