Manchester United Kini Sedia ‘Sailang’ Ruben Neves Dari Arsenal

Ruben Neves

Perebutan untuk mendapatkan pemain Wolverhampton Wanderers iaitu Ruben Neves kini dilihat memasuki fasa yang menarik apabila dua kelab utama Premier League sedang berusaha mendapatkannya.

Sebelum ini, kelab London iaitu Arsenal dikhabarkan merupakan satu-satunya pasukan yang mahu mendapatkan pemain tersebut.

Namun kini, muncul Manchester United yang sedia untuk menyambar pemain tersebut dari Arsenal yang sudah lama cuba mendapatkan khidmat Neves.

Menurut laporan Football London, United dikhabarkan telah memulakan langkah mereka untuk mendapatkan Neves dari Wolves yang meletakkan harga £35 juta untuk pemain itu.

Melihat kepada apa yang berlaku, United dilihat berada pada posisi terbaik untuk mendapatkan Neves berdasarkan apa yang dikatakan oleh pemain tersebut mengenai kelab itu sebelum ini.

Bercakap pada Mei lalu, Neves memuji United yang merupakan kelab bagi rakan sepasukan beliau di Portugal iaitu Bruno Fernandes.

Neves berkata Fernandes berada dalam kelab yang cukup hebat dan di liga yang cemerlang.

“Saya begitu mengenali beliau [Bruno Fernandes], saya cukup gembira untuknya.”

“Beliau berada di kelab yang hebat dan di liga yang cemerlang. Beliau boleh tunjukkan apa yang dirinya mampu.”

Jika United benar serius akan Neves, tidak terkejut yang beliau akan menyertai Fernandes di United kelak.

Sementara Arsenal pula memilih untuk mendapatkan pemain dari Anderlecht iaitu Sambi Lokonga sebagai pengganti Granit Xhaka yang hampir pasti ke AS Roma.

Walaupun Lokonga sudah menyertai Arsenal tetapi kelab tersebut masih perlukan pemain seperti Neves untuk mendapatkan pemain tengah menyerang yang dilihat menjadi masalah kepada kelab itu.

Baca juga artikel kami yang lain:

Louis Van Gaal Bakal Kembali Kendali Skuad Belanda Sekali Lagi

VIDEO: Tonton Kesemua 10 Calon ‘Golazo’ Terbaik UEFA Bagi Musim 2020/2021

Jersi Hijau Bakal Diharamkan Di Serie A, Tetapi Kenapa?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN