Kemenangan besar Manchester United ke atas Leeds United telah memberikan isyarat yang jelas pasukan itu kini sudah mula bersedia untuk memenangi Premier League.
Kini mengumpul 26 mata, United mempunyai satu perlawanan dalam tangan dengan jika kemenangan berjaya diraih dalam perlawanan itu mereka boleh berada di belakang pendahulu liga dengan dua mata sahaja.
Perkara ini sedikit sebanyak mematikan kritikan yang diperoleh United pada musim ini. Ole Gunnar Solskjaer dilihat sudah mula mengatasi masalah yang dihadapi pasukannya – konsistensi.
Menurut bekas pemain England, Micah Richards mengatakan yang Solskjaer berhak memperoleh pujian yang sepatutnya.
“Suka atau tidak, pengkritik perlu mengakui yang skuad Solskjaer berada dalam perlumbaan merebut kejuaraan. Beliau berhak diberikan pujian yang sepatutnya diterima tetapi mungkin pengkritik akan memberinya,” kata Richards menerusi BBC Sport.
Walaupun United mula menemui rentak untuk terus mengutip kemenangan. Tetapi Richards tetap berasakan mereka perlu berusaha dengan lebih lagi untuk kekal konsisten.
“Dari segi pertahanan, masih ada ruang untuk memperbaiki kerana mereka masih lagi memberikan gol yang bodoh.”
United membelasah Leeds dengan jaringan 6-2 dalam aksi Roses Derby yang pertama untuk kesekelian lamanya.
Scott McTominay, Bruno Fernandes, Victor Lindelof dan Daniel James menjaringkan gol untuk tuan rumah.
Baca juga artikel kami mengenai Manchester United:
Wes Brown: Saya Harap Son Heung-min Berada Di Manchester United
Raiola: Pogba Perlu Pergi, Dia Dah Tak Gembira Di Manchester United