Manchester United kecilkan stadium untuk berikan lebih ruang kepada penyokong OKU untuk menikmati perlawanan bola sepak di Old Trafford.
Rancangan itu akan memberikan sedikit kesan kepada lebih kurang 2,600 pemegang pas bermusim di stadium tersebut.
Berperingkat
Manchester United kecilkan stadium akan mengambil masa selama 8 bulan dengan projek dijangka siap pada bulan Ogos 2017.
Ia akan dijalankan secara berperingkat dengan 2,600 pemilik pas bermusim di Old Trafford terpaksa dipindahkan ke kawasan lain di stadium.
Projek ini juga bakal menyaksikan kapasiti stadium tersebut menurun dari 75 ribu tempat duduk kepada 73,300 ribu tempat duduk sahaja selepas ini.
Selepas projek ini siap, ruangan mesra-akses di Old Trafford akan menjadi lebih luas.
Jika sebelum ini ia cuma dibuka di East Stand, selepas ini ruang khas untuk penyokong OKU akan lebih luas dengan ia terdapat di Sir Alex Ferguson Stand dan juga Sir Bobby Charlton Stand.
Hasil dari projek ini juga, Manchester United akan menjual pas bermusim di ruangan khas untuk penyokong OKU sebaik projek ini selesai.
Dan sesetengah dari penyokong OKU perlu membayar tiket bermula pada musim hadapan selepas ini.
Sementara pemilik pas bermusim yang terjejas dengan projek ini akan diberikan pas percuma untuk semua perlawanan kejohanan piala untuk semusim serta mendapat tawaran pakej istimewa dari kelab.
Reaksi bercampur-campur
Bagi pihak kelab, usaha Manchester United kecilkan stadium ini adalah untuk memberikan mesej yang Old Trafford merupakan rumah bagi seluruh peminat Manchester United.
Namun begitu, tindakan kelab mengecilkan sebahagian kecil kapasiti stadium itu menerima reaksi bercampur-campur dari penyokong mereka termasuk penyokong OKU.
Mereka menerima tindakan untuk memberikan lebih banyak kapasiti untuk penyokong OKU, tetapi tidak bersetuju dengan pelan untuk mengurangkan kapasiti stadium.
Sebaliknya mereka memilih untuk mewujudkan pelan memperbesarkan kapasiti stadium secara umum.
Baca juga: Cadbury Dan Premier League Umum Kerjasama 3 Tahun