Dengan Kejuaraan Europa League, Manchester United Pasukan Ke-5 Lengkapkan Koleksi Trofi Eropah

Tahniah Manchester United! Dengan menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 dan seterusnya menjuarai UEFA Europa League 2016/2017, United kini merupakan pasukan ke-5 di Eropah yang melengkapkan segala koleksi trofi Eropah.

Koleksi trofi Eropah yang dimaksudkan adalah 3 trofi European Cup (dan Champions League), 1 trofi Cup Winners Cup, 1 trofi UEFA Super Cup dan 1 trofi Europa League (dahulunya dikenali sebagai UEFA Cup).

4 lagi kelab Eropah yang mempunyai pencapaian unik ini adalah Juventus, Ajax Amsterdam, Bayern Munich dan Chelsea.

Rooney menang semua trofi di Manchester United

(Photo by Amin Mohammad Jamali/Getty Images)

Kutuklah Wayne Rooney sebanyak mana yang anda mahu. Tetapi beliau mempunyai apa yang anda tiada – trofi.

Dengan bergelarnya juara UEFA Europa League, Rooney sudah memenangi segala trofi di peringkat kelab bersama Manchester United. Kecuali satu trofi – UEFA Super Cup.

Rooney berpeluang mendakap trofi UEFA Super Cup pada tahun 2008. Bagaimanapun Manchester United (juara Champions League) tewas 1-2 kepada juara Europa League pada ketika itu, Zenit St. Petersburg.

Jika Rooney kekal bersama United pada musim panas nanti, beliau berpeluang melengkapkan koleksi trofinya di Manchester United dalam pertemuan UEFA Super Cup. Menanti United dalam perlawanan tersebut adalah pemenang Champions League 2016/2017 – antara Juventus atau Real Madrid.

Trofi Eropah Zlatan yang pertama!

Satu lagi fakta menarik yang anda mungkin tak tahu adalah dengan trofi Europa League ini, Zlatan Ibrahimovic kini telah memenangi trofi Eropah pertama dalam kariernya!

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Fakta ini agak mengejutkan sebenarnya kerana Ibrahimovic sentiasa bermain bersama pasukan gergasi Eropah – Ajax Amsterdam, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan PSG – sebelum berhijrah ke Manchester United.

Tetapi Manchester United adalah kelab pertama yang menghadiahkan penyerang lagenda Sweden ini trofi Eropah pertamanya.

Griezmann bakal sertai United?

Baru-baru ini kami ada melaporkan bahawa penyerang Atletico Madrid ini memberi peluang 6/10 kepada dirinya untuk menyertai Manchester United. Ada yang berspekulasi peluang itu bergantung sama ada United layak ke Champions League atau tidak.

Dengan United sah bergelar juara Europa League dan bakal bersaing dalam Champions League pada musim depan, spekulasi bahawa Antoine Griezmann bakal menyertai United juga bertiup dengan lebih kencang.

https://twitter.com/TelegraphDucker/status/867486372151644161

Wartawan Telegraph UK menjangkakan Griezmann akan membuat keputusan dalam masa 2-3 minggu. Laporan ini konsisten dengan kenyataan Griezmann sendiri dalam rancangan bual bicara Perancis.

Mahukah anda melihat Griezmann menyertai United? Jika ya, dengan siapa beliau patut digandingkan? Apakah formasi baru Jose Mourinho jika beliau mempunyai Zlatan Ibrahimovic, Marcus Rashford, Anthony Martial, Jesse Lingard dan Antoine Griezmann sebagai penyerang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN