Manchester United Dikehendaki Membayar £24 Juta Kepada Jose Mourinho

Manchester United perlu membayar pampasan sebanyak £24 juta (RM126.5 juta) kepada Jose Mourinho selepas mereka memutuskan untuk memecat pengendali dari Portugal itu.

Pengurus yang berusia 55 tahun itu mula berdepan tekanan hebat susulan prestasi kurang memberangsangkan bersama United sejak kebelakangan ini, termasuk kekalahan memalukan 1-3 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana England (EPL) kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan The Red Devils kini menghuni tangga keenam liga dan ketinggalan 11 mata di belakang kedudukan kelompok empat pasukan terbaik selain dibezakan empat mata sahaja dengan pasukan tempat ke-12, Leicester City.

Difahamkan, pihak pengurusan tertinggi United tidak bercadang untuk memecat bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Inter Milan tersebut dalam masa terdekat, namun keputusan itu boleh dibuat seandainya prestasi buruk ini berterusan.

Jika ia berlaku, skuad juara Liga Europa musim lalu itu perlu melunaskan pampasan berjumlah £18 juta (RM94.9 juta) dan nilai tersebut akan meningkat sehingga £24 juta (RM126.5 juta) jika mereka menyingkirkan Mourinho sebelum Januari depan.

Ia disebabkan terdapat klausa dalam kontrak Mourinho bahawa United perlu menambah insentif kepadanya jika mereka masih meneruskan saingan dalam kempen Liga Juara-Juara atau berada dalam kelompok empat pasukan terbaik EPL.

Mourinho sebelum ini baharu sahaja menyambung kontrak baharu bersama kelab Old trafford tersebut 11 bulan lalu.

Skuad kendaliannya telah diundi bertemu gergasi Perancis, Paris Saint-Germain pada pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara yang akan berlangsung 2 Februari dan 6 Mac depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN