Manchester United dianggap pasukan paling bijak berbelanja selepas mereka berjaya jimat sekitar £60 juta pada jendela perpindahan musim panas ini, sementara seteru mereka, Arsenal mencatatkan kerugian yang banyak kerana terlebih berbelanja.
Walaupun United dianggap melalui jendela perpindahan musim panas yang paling hebat dalam sejarah mereka, namun tidak dinafikan dari segi pengurusan kewangan, mereka juga jauh lebih bijak berbanding pasukan lain.
Tidak keterlaluan untuk menganggap yang United merupakan pasukan paling bergembira pada jendela perpindahan musim panas ini, selepas mereka berjaya menandatangani tiga pemain bertaraf dunia.
#MUFC saved £60m on astute transfers – while Arsenal overpaid by £50m, study showshttps://t.co/Ij8JQvw6pk pic.twitter.com/uEXdQ1Xdqu
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) September 7, 2021
Man Utd dinilai menjadi pasukan paling bijak berbelanja kerana mereka berjaya jimat hampir £60 juta hasil dari penandatanganan yang dibuat pada jendela perpindahan musim panas ini.
United menandatangani Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo pada musim panas yang sibuk ini, namun mereka sebenarnya mengeluarkan dana yang jauh lebih rendah dari yang sepatutnya.
Ia bermaksud nilai pemain yang mereka tandatangani, sebenarnya murah dari nilai pasaran semasa pemain tersebut pada ketika ini.
Jika United paling bijak berbelanja, Arsenal pula dianggap paling teruk dengan mereka mengeluarkan dana lebih £50 juta dari nilai yang sepatutnya.
Arsenal 'overpaid for summer signings by £50m' as Edu faces further transfer scrutiny #AFC https://t.co/pvQyCdLzl3
— Express Sport (@DExpress_Sport) September 7, 2021
Antara pemain yang ditandatangani oleh Gunners adalah seperti Ben White, Aaron Ramsdale, Albert Sambi Lokongo, Martin Odegaard dan Takehiro Tomiyasu pada musim panas ini.
Menurut kajian yang dilakukan oleh TicketGum.com, lapan pasukan dari Premier League mencatatkan keuntungan, yang mana mereka membayar kurang dari harga pasaran.
Namun 12 lagi pasukan lain sebenarnya telah mengeluarkan perbelanjaan yang jauh lebih tinggi berbanding nilai pasaran sebenar pemain yang mereka tandatangani.
United secara keseluruhannya jimat £49.7 juta mengikut pengiraan dari data Transfermarkt, sementara Brighton di kedudukan kedua (£7.5 juta),Watford (£7.2 juta), Wolves (£6.55 juta), dan Leicester (£6.2 juta).
Turut mencatatkan keuntungan Everton (£5.6 juta), Southampton (£1.2 juta) dan Norwich City (£500k).
Arsenal's director Edu recently came out to defend the club's spending this summer, but a study has found that they paid FAR too much! 😳https://t.co/dgW0LynZrR
— SPORTbible (@sportbible) September 7, 2021
Antara pasukan yang terlebih mengeluarkan perbelanjaan adalah seperti Burnley (£2.2 juta), Liverpool (£4.5 juta), Crystal Palace (£6.9 juta), West Ham (£7.5 juta), Chelsea (£9.6 juta) dan Tottenham Hotspur (£9.6 juta).
Untuk pasukan yang mengeluarkan perbelanjaan lebih dari £10 juta pula seperti Aston Villa (£10.2 juta), Brentford (£10.4 juta), Newcastle (£10.6 juta), Leeds United (£19.4 juta), Manchester City (£41.5 juta) dan Arsenal (£49.7 juta).
Manchester City sebenarnya mencatatkan kerugian tersebut hanya dari seorang pemain sahaja iaitu Jack Grealish yang mana mereka terlebih menilai bintang England itu dengan nilai £41.5 juta dari nilai sepatutnya.
Arsenal pula terlebih menilai Ben White yang mana bekas bintang Brighton itu sebenarnya hanya bernilai £25 juta sahaja, namun Gunners membayar £50 juta untuk mendapatkan khidmatnya.
Sementara penjaga gol yang tersingkir selama dua musim berturut-turut, Aaron Ramsdale pula, Arsenal terlebih menilai mereka dengan nilai £19.2 juta dari nilai sepatutnya.
Man Utd saved £60m on astute transfers – while Arsenal overpaid by £50m, study showshttps://t.co/Ij8JQvNHgS pic.twitter.com/lLHAIQmJqH
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) September 8, 2021
Dua lagi pemain yang masuk dalam senarai lima pemain yang dinilai terlebih mahal adalah Daniel James (£13.8 juta) dan Cristian Romero (£11 juta).
Kristoffer Ajer, Romelu Lukaku, Emiliano Buendia, Nikola Classic, Pape Sarr, Junior Firpo dan Ibrahima Konate melengkapkan senarai 12 pemain yang ditandatangani dengan nilai yang melebihi nilai pasaran semasa mereka.