Manchester United Dan Lukaku Menjejak Mereka Yang ‘Chant’ Lagu ’24 Inci’

Sumber BBC melaporkan pihak Manchester United dengan sokongan Lukaku kini mencari ‘footage’ yang memaparkan penyokong United menyorak chant yang dianggap rasis oleh Kick It Out.

Minggu sebelum ini, penyokong United dilihat menyanyikan lagu tersebut dalam perlawanan menentang Everton. Kick It Out memberikan amaran untuk menghentikan ‘chant’ dianggap berunsur rasis tersebut.

Namun penyokong-penyokong United tidak dapat menerima tuduhan daripada Kick It Out tersebut dan mempertahankan hujah bahawa, chant tersebut mungkin ada unsur lucah tetapi tiada niat perkauman.

Beberapa hari kemudian Lukaku memuat naik status di Twitter agar penyokong menghormati semua pihak.

Namun begitu, dalam perlawanan Sabtu lalu menentang Southampton di St. Mary, masih ada penyokong yang menyanyikan ‘chant’ tersebut. Ia jelas mengecewakan Lukaku dan Manchester United.

Manchester United dan Lukaku sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka tentang ‘chant’ tersebut dan kedua-dua pihak berharap mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan. Berikut adalah kenyataan rasmi Manchester United:

“Kelab telah menyatakan pendirian kami bahawa chant tersebut harus dihentikan. Kelab kami telah bekerjasama dengan badan yang berkaitan dan akan megambil tindakan ke atas penyokong yang berkelakukan ‘ofensif’.”

United akan mengambil tindakan berat seperti larangan datang ke stadium untuk seumur hidup.

“Kami tidak akan bertoleransi! Kami juga sudah berbincang dengan pihak polis untuk memantau CCTV untuk mengenalpasti mereka yang terlibat.”

(Photo by John G/Allsport/Getty Images)

“Kami akan cuba mengenalpasti indentiti mereka yang menyanyikan chant kontroversi tentang penyerang kami Romelu Lukaku ketika perlawanan menentang Southampton pada Sabtu.”

Romelu Lukaku juga jelas kecewa dengan penyokong yang masih menyanyikan ‘chant’ tersebut selepas beliau sebelum itu meminta mereka menghentikannya.

Selepas perlawanan semalam, Lukaku dengan tegas meminta penyokong United untuk ‘move on’. Kick it Out juga menyatakan:

“Romelu Lukaku sendiri sudah meminta penyokong berhenti dan ‘move on’ daripada menyanyikan chant tersebut. Kini Manchester United bertanggungjawab untuk memastikan permintaan pemain mereka dipenuhi.”

Sumber

1. Squawka – http://www.squawka.com/news/man-utd-issue-statement-demanding-fans-stop-signing-offensive-romelu-lukaku-chant/993477#0KXMvEjRx82ETZ0q.97

2. BBC – http://www.bbc.com/sport/football/41374186

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN