Manchester United Bukan Pilihan Ilkay Gundogan Sebagai Pencabar Utama EPL Musim 2018/19

Gundogan

Pemain tengah Manchester City, İlkay Gundogan memulakan ‘perang psikologi’ keatas Manchester United dengan memberi gambaran awal bahawa pasukan itu bukanlah sebagai pasukan yang akan memberi ancaman buat The Cityzens bagi perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim ini.

Sebaliknya, pemain berusia 27 tahun itu menganggap bahawa cabaran hebat yang bakal ditempuhi pasukannya itu adalah akan datang dari Chelsea dan Liverpool.

Pandangan tersebut diberikan apabila beliau menjawab pertanyaan dari seorang peminat di laman Instagram miliknya, ilkayguendogan.

Gündoğan diajukan soalan mengenai pasukan manakah yang akan memenangi gelaran musim ini jika pasukan Pep Guardiola gagal mempertahankan kejuaraan tersebut.

Beliau menulis, ‘Chelsea dan Liverpool seolah-olah akan menjadi pesaing terkuat pada tahun ini.’

Mungkin kejayaan Chelsea dan Liverpool yang berjaya mendapatkan pemain yang lebih baik berbanding Manchester United telah membuatkan Gündoğan tidak yakin dengan kemampuan Red Devils pada musim ini.

Chelsea telah melakukan perubahan dalam struktur kejurulatihan dengan melakukan pertukaran Antonio Conte kepada Maurizio Sarri.

The Blues telah berjaya memiliki Jorginho dari Napoli serta mereka juga berjaya mendapatkan Matteo Kovacic secara pinjaman dari Real Madrid.

Selain itu juga, The Blues juga telah berjaya mendatangkan penjaga gol Kepa Arrizabalaga bagi mengantikan Thibaut Courtois.

Sementara di kem Liverpool pula, The Reds telah berjaya merekrut pemain seperti Naby Keita, Fabinho, Xherdan Shaqiri dan Alisson Becker bagi mempertambahkan kekuatan pasukan itu pada musim ini.

Tetapi, bagi Manchester United, pasukan itu dilihat tidak terlalu aktif dalam urusan perpindahan pemain pada kali ini.

Mereka hanya berjaya mendatangkan Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant.

Kehadiran pemain-pemain tersebut dinilai masih belum cukup untuk memberi kekuatan buat skuad Jose Mourinho untuk menghadapi saingan liga sekaligus menjadi persiang terhebat buat Manchester City pada kali ini.

Melihat pada situasi tersebut, maka tidak hairanlah jika United tidak termasuk dalam senarai Gundogan sebagai pesaing utama pasukannya dalam perebuta Liga Perdana Inggeris untuk musim 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN