Semalam kami melaporkan yang pihak Alvaro Morata menerusi ejen dan bapanya telah berjumpa dengan Real Madrid untuk menyegerakan proses pemindahan pemain tersebut ke Manchester United.
Kini, Manchester United dikatakan telah melakukan bidaan ketiga untuk mendapatkan pemain tersebut.
Manchester United sebelum ini telah melakukan 2 bidaan untuk mendapatkan Morata dengan melakukan bidaan sebanyak €60 juta pada bidaan pertama dan €70 juta pada bidaan kedua.
Kali ini, merekak kembali dengan bidaan yang lebih baik sebanyak €75 juta untuk mendapatkan bekas pemain Juventus itu.
Namun begitu, jumlah tersebut masih kurang sebanyak €15 juta dari nilai yang telah ditetapkan oleh kelab Sepanyol itu iaitu sebanyak €90 juta.
Morata dikatakan telah bersetuju untuk menyertai Manchester United dengan menyatakan secara terbuka kepada Real Madrid yang beliau mahu menyertai juara Europa League itu.
Beliau dikatakan bersedia untuk kembali berkerjasama dengan Jose Mourinho yang merupakan pernah menjadi pengurus di Real Madrid satu ketika dahulu.
Menurut sumber, Morata dikatakan bersetuju untuk menerima jumlah gaji yang besar dalam tempoh semusim iaitu sebanyak €4 juta semusim.
Sumber:
- The Guardian (2017): Manchester United to make improved £66m offer for Real Madrid’s Álvaro Morata; https://www.theguardian.com/football/2017/jul/05/manchester-united-alvaro-morata-new-offer