Perlawanan Akhir UEL: Peluang Manchester United Cipta Rekod, Atasi Liverpool Di Pentas Eropah

Penyokong pasukan Manchester United dan Liverpool sering terjerumus ke dalam perdebatan hangat membabitkan apa sahaja isu berkenaan kedua-dua buah kelab.

Antaranya ialah, kelab bola sepak manakah yang lebih dominan di antara Manchester United dan Liverpool? Rekod lampau sering dijadikan perbandingan.

Awal pagi nanti, Manchester United memiliki peluang untuk mencipta satu lagi rekod. Jika berjaya menjulang trofi Europa League awal pagi nanti, ia akan menjadi sejarah baru buat kelab itu.

Rekod berkenaan juga akan menjadi rekod yang tidak terjangkau oleh seteru mereka di Merseyside, Liverpool.

Perlawanan Akhir Europa League

Sebuah trofi kejuaraan dan slot ke UEFA Champions League pada musim hadapan merupakan motivasi terbesar buat anak buah Jose Mourinho pada awal pagi nanti.

Menewaskan Ajax Amsterdam dalam perlawanan akhir Europa League di Stockholm adalah misi terakhir United musim ini.

Bagaimanapun, perlawanan akhir awal pagi nanti juga punyai satu perkara yang istimewa.

Ajax Amsterdam menanti kunjungan United di Freinds Arena, Stockholm.

Ini adalah kerana United punyai peluang untuk mencipta satu lagi rekod yang tidak akan tercapai oleh seteru mereka, Liverpool. – jika landskap terkini pertandingan bola sepak Eropah diambil kira.

Jika United berjaya menjulang trofi Europa League, maka kelab Manchester itu akan menjadi pasukan ke-5 dalam sejarah pertandingan bola sepak eropah untuk memenangi kesemua piala yang pernah dipertandingkan di benua itu.

Sejarah Manchester United Di Eropah

Piala Eropah/UEFA Champions League (UCL), UEFA Cup/Europa League(UEL) dan Cup Winners’ Cup adalah 3 kejohanan yang pernah dipertandingkan oleh UEFA untuk saingan di peringkat kelab.

United telah muncul sebagai juara eropah sebanyak 3 kali (1968, 1999, 2008). United turut menewaskan Barcelona 2-1 untuk bergelar Cup Winner’s Cup pada tahun 1991.

(Photo by Tom Purslow/Manchester United FC via Getty Images)

Kejayaan menewaskan Ajax dan memenangi Europa League awal pagi nanti akan melengkapkan koleksi trofi pertandingan eropah di Old Trafford.

Manchester United tidak pernah menjuarai Piala UEFA atau Europa League dalam sejarah kelab berkenaan.

Sehingga kini, hanya Ajax, Bayern Munich, Chelsea dan Juventus yang pernah memenangi ketiga-tiga kejuaraan eropah tersebut.

Sejarah Kelab Inggeris Di Eropah

Liverpool tidak pernah memenangi Cup Winners’ Cup sepanjang sejarah 39 tahun kewujudan pertandingan itu.

Liverpool pernah berpeluang untuk bergelar juara Cup Winners’ Cup ketika era Bill Shankly, namun dikecewakan oleh Borrusia Dortmund dengan jaringan 2-1 dalam aksi final 1966.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Chelsea adalah satu-satunya kelab Inggeris yang pernah membolot kesemua pertandingan eropah yang dipertandingakan.

Selain Manchester United, Totenham Hotspurs turut berpeluang tersenarai ke dalam kumpulan itu jika berjaya memenangi UEFA Champions League (UCL) pada masa akan datang.

Untuk rekod, Totenham Hotspurs pernah bergelar juara Piala UEFA (kini Europa League) pada tahun 1972 dan 1984 dan juga Cup Winners’ Cup pada tahun 1963 ketika era kegemilangan Jimmy Greaves.

Rumusan

Manchester United boleh berbangga dengan kejuaraan Liga Inggeris apabila telah bergelar juara sebanyak 20 kali.

Liverpool pula memiliki 18 kejuaraan liga, kurang dua berbanding Manchester United, seteru derbi North-West mereka yang sentiasa padat dengan insiden dan drama dalam pertembungan membabitkan kedua-dua buah pasukan.

Kedua-dua kelab adalah yang paling dominan dari segi pencapaian di peringkat domestik di England.

Penyokong Liverpool pasti akan mendabik dada dengan 5 kali gelaran juara eropah milik kelab Merseyside tersebut di hadapan rakan mereka di United.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Itulah adalah antara kejayaan dan pencapaian kedua-dua buah kelab yang sering dijadikan perbandingan oleh kedua-dua kumpulan penyokong.

Keputusan perlawanan akhir Europa League awal pagi nanti mungkin akan dijadikan modal baharu topik perdebatan kedua-dua penyokong kelab berkenaan.

Mungkinkah topik yang lebih menarik seperti “Bagaimana untuk memastikan Liverpool dan Manchester United muncul sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan – dijadikan perdebatan kedua-dua kumpulan penyokong?

Bagaimanapun, ia adalah sekadar cadangan dan pendapat retorik penulis semata-mata.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN