Ronald Koeman kini dalam tekanan. Penyokong Everton mempertikaikan corak taktikal Koeman yang menggunakan 5-3-2 sedangkan beliau sudah berbelanja sangat besar musim ini.
Penyokong United teruja melihat penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab mereka, Wayne Rooney menjejakan semula kaki ke Old Trafford sebagai pemain Everton.
Manchester United mendahului menerusi jaringan cantik daripada Antonio Valencia yang melakukan voli deras hasil umpanan Matic.
Everton secara keseluruhannya berjaya mengekang United dengan sistem 9 pemain di belakang bola. Tetapi dari segi serangan balas mereka lemah kerana pemain terlalu ke bawah.
Sekarang ini peminat bercerita tentang pasukan bernilai ratusan juta yang bermain sistem ultra defensive.
Bersambung babak kedua, Everton lebih positif tetapi mereka bermasalah di ‘final third’. Mourinho mulai memasukkan tenaga baru.
Hasilnya dalam 10 minit terakhir Manchester United menjaringkan 3 gol. Mkhitaryan menjaringkan gol yang dianggap menutup peluang Everton untuk membawa sebarang mata pada minit ke-80.
Lukaku kemudia menambah gol lagi dari jarak dekat. Ini adalah jaringan ke-7 daripada 7 perlawanan oleh Lukaku setakat ini. Beliau juga menjadi pemain ke-4 termuda menjaringkan 90 gol setakat ini di EPL.
Anthony Martial memastikan Everton pulang dengan sangat hampa dengan gol menerusi sepakan penalti.
Ini adalah kekalahan ke-4 berturut-turut Everton setakat ini. Ronald Koeman pastinya perlu segera memperbaiki keadaan ini.
United kini berkongsi mata dengan Manchester City di tangga teratas. Satu permulaan yang cemerlang untuk United musim ini dalam usaha mereka menjadi pencabar sebenar kejuaraan EPL.