Manchester United Bakal Dihadapkan Ke Jawatankuasa Disiplin UEFA

Gara-gara kerana tiba lambat di Old Trafford sehingga memaksa sepak mula perlawanan Liga Juara-Juara menentang Valencia dilewatkan, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) membuka prosiding disiplin terhadap Manchester United.

Dalam perlawanan itu, United mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan dari Sepanyol itu, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengendalinya, Jose Mourinho.

Kelab gergasi Inggeris itu berdepan tindakan daripada UEFA susulan ‘ketibaan lewat pasukan’ yang melanggar peraturan pertandingan sehingga menyebabkan ‘sepak mula lewat’ menurut kenyataan ringkas dikeluarkan badan induk itu.

Kes berkenaan akan dibicarakan oleh Badan Disiplin, Etika dan Kawalan UEFA pada 18 Oktober ini. Valencia turut didakwa atas sepak mula lewat selain ‘pelanggaran kit perlawanan’ dan nyalaan bunga api yang dilakukan oleh penyokong mereka.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

United yang gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan terakhir di gelanggang sendiri dalam semua kejohanan ketika ini ketinggalan sembilan mata di belakang seteru tetangganya Manchester City di puncak Liga Perdana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN