Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City menentang Juara Eropah, Liverpool. Demikianlah gambaran yang digemari oleh ramai pengikut bola sepak Inggeris untuk pertembungan dua pasukan yang bertemu satu sama lain di Piala Komuniti Inggeris pada malam tadi.
Manchester City tampil dalam perlawanan ini selaku juara liga, turut tampil sebagai juara Piala FA dan Piala Carabao – kejuaraan treble domestik – menjadikan lawan di Piala Komuniti diberikan kepada Liverpool yang tampil selaku nain juara EPL pada musim lalu.
Kita semua tahu kisah drama di pengakhiran musim lalu yang menyaksikan bagaimana kedua-dua pasukan terpaksa menunggu sehingga ke hari terakhir untuk menentukan kejuaraan – sebelum Liverpool kecewa dipisahkan hanya dengan satu mata selepas 29 tahun kempunan.
Mujur kejuaraan di Eropah beberapa minggu selepas itu berjaya mengubat duka – dan Piala Komuniti Inggeris pada musim ini menjadi tanda kedua-duanya akan terus menjadi pilihan utama untuk kejuaraan.
Perlawanan menarik
Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan tidak pernah mengecewakan. Penyokong dan penonton neutral disajikan dengan corak permainan menarik dengan dua falsafah moden yang mirip kerana berasaskan fluidity, binaan permainan dari bawah, dan pressing yang saling menyukarkan satu sama lain namun berbeza kerana sistem berbeza ditampilkan oleh dua jurulatih elit, Pep Guardiola dan Jurgen Klopp.
Here’s Raheem Sterling’s goal in the #CommunityShield ⚽️
Should Alisson have done better? ? #LIVMCI pic.twitter.com/c4vX4qjblZ
— Goal (@goal) August 4, 2019
Liverpool yang melalui tempoh pra musim tanpa beberapa tongak utama terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan awal Raheem Sterling, setelah pemain antarabangsa England itu menyepak masuk bola hasil flick mengelirukan oleh David Silva.
Jaringan tersebut adalah gol pertama Sterling menentang bekas kelabnya itu. Perlawanan kemudian menjadi semakin seimbang, setelah tanpa Sadio Mane, ancaman oleh Liverpool kebanyakkannya datang dari larian gerakan Mohamed Salah.
FA Community Shield : ( Liverpool 1 × 1 Manchester City ) – Liverpool first goal scored by Matip .. pic.twitter.com/4EYDXVq2mC
— LFC (@lfc_goals1) August 4, 2019
Babak kedua pula menyaksikan tiang dan palang gol digegarkan sebanyak tiga kali. Pertama, percubaan oleh Sterling selepas situasi satu lawan satu. Kemudian ia diikuti oleh rembatan Virgil van Dijk yang mengenai palang, sebelum giliran Salah mengegarkan tiang.
Liverpool akhirnya menemui gol penyamaan yang dicari-cari pada minit ke-77 yang disudahkan oleh Joel Matip selepas pemain itu menanduk masuk hantaran Van Dijk.
Liverpool kecewa lagi
Arus perlawanan tampak berubah selepas itu. Liverpool tampak seperti akan muncul sebagai pemenang. Sayang seribu kali sayang, seolah-olah seperti ada badi, Mohamed Salah misalnya terlepas tiga peluang keemasan – termasuk yang diselamatkan oleh clearance menakjubkan oleh Kyle Walker tatkala ia seolah seperti sudah satu kepastian.
65 – During the Community Shield final, Virgil van Dijk was dribbled past for the first time in his last 65 competitive appearances (by Gabriel Jesus) for @LFC since Mikel Merino did so for Newcastle in March 2018. Human. #CommunityShield pic.twitter.com/24B6WFcKUw
— OptaJoe (@OptaJoe) August 4, 2019
Akhirnya perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti. Tatkala semua pemain Manchester City berjaya menewaskan Alisson Becker – pemenang tiga golden glove musim lalu – Claudio Bravo diangkat menjadi wira kerana berjaya menyelamatkan percubaan Georginio Wijnaldum.
Ia juga sekaligus bermakna Manchester City kekal sebagai jaguh mutlak sekurang-kurangnya di peringkat domestik buat ketika ini.