Selepas kehilangan Kevin De Bruyne yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan, Manchester City kini terpaksa beraksi sepanjang musim ini tanpa penjaga gol simpanan, Claudio Bravo selepas tonggak Chile itu disahkan koyak tendon Achilles, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkannya hari ini.
“Bravo mengalami kecederaan tendon Achilles semasa latihan hari ini,” kata City dalam satu kenyataan.
“Dia akan terbang ke Barcelona untuk menjalani ujian selanjutnya Khamis ini.”
.@C1audioBravo has today sustained an achilles tendon injury in training.
He underwent scans this afternoon which have confirmed a rupture in the tendon of his left foot and will fly out to Barcelona for further tests on Thursday.
Get well soon, Claudio! #mancity pic.twitter.com/6JuQpzEH5P
— Manchester City (@ManCity) August 20, 2018
Bravo pernah memenangi dua gelaran La Liga sebelum berpindah ke City pada tahun 2016, tetapi beberapa kesilapan mudah dalam kemunculan musim pertamanya memaksa City mengikat penjaga Brazil, Ederson dari Benfica tahun lalu.
“Tidak kira walau apapun yang berlaku, atau seburuk mana kecederaan itu, kehidupan perlu diteruskan, dan keesokan hari pastinya lebih baik,” tulis Bravo di laman Twitter.
No importa lo que pase, o lo malo que parezca el día de hoy, la vida continúa, y mañana sin duda será mejor 💪🏻👍🏻😉 pic.twitter.com/Qra1cmjePZ
— Claudio Bravo Muñoz (@C1audioBravo) August 20, 2018
Bagaimanapun, Bravo beraksi dalam kesemua enam perlawanan ketika City menjulang Piala Liga musim lalu, namun dia tidak diturunkan dalam sebarang aksi EPL.
Selepas Bravo, Daniel Grimshaw yang berusia 20 tahun muncul satu-satunya penjaga gol yang tinggal dalam skuad utama dengan Joe Hart sudah dipinjamkan ke Burnley.