Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan pasukannya masih berada di landasan yang betul meskipun mencatat kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini, 0-2 di tangan Chelsea sekali gus tergelincir ke tangga kedua di belakang Liverpool.
Bagaimanapun Guardiola tetap bangga dengan persembahan City dan tekad mengalahkan skuad bimbingan Juergen Klopp, yang mendahului satu mata di depan mereka selepas kemenangan 4-0 di Bournemouth.
3 – Pep Guardiola has now lost three league games against Chelsea as a manager; more often than against any other opponent. Blue. #CHEMCI pic.twitter.com/ibBgwMvD9y
— OptaJoe (@OptaJoe) December 8, 2018
“Saya katakan ia tidak akan berlaku. Kami di sini bukan untuk jadi pasukan kebal, kami di sini untuk jadi juara,” kata Guardiola.
“Kami tenang, kami bergerak ke depan, ia sebahagian daripada pertandingan. Tidak ada sukan dalam dunia: tenis, bola keranjang, golf yang ada satu pasukan sentiasa menang. Apabila orang berkata begitu, mereka menjual ilusi.
“Ia sebahagian daripada pertandingan. Anda boleh tewas tapi ia mengenai bagaimana cara anda tewas.”
Maurizio Sarri's record vs. Pep Guardiola:
L—Man City 2-1 Napoli
L—Napoli 2-4 Man City
L—Chelsea 0-2 Man City@WilliamHill are giving 21/20 odds on a fourth defeat – https://t.co/a3NiqSOyi1Ts&Cs apply. 18+ only, BeGambleAware. pic.twitter.com/WekMnS2NjZ
— Squawka (@Squawka) December 8, 2018
City turun tanpa kelibat Sergio Aguero yang cedera dan jentera depannya jelas terjejas dengan Raheem Sterling dan Leroy Sane terlepas peluang besar.
Chelsea sebaliknya membuka jaringan menerusi N’Golo Kante yang merembat deras hantaran Eden Hazard sejurus sebelum rehat. Gol kedua Chelsea dijaringkan David Luiz pada minit ke-78.
https://twitter.com/CapitalLivNews/status/1071662147044868096
Guardiola memberi amaran impian City untuk memenangi Liga Juara-Juara buat julung kali musim ini mungkin berakhir dengan cara sama sekiranya mereka tidak belajar untuk menewaskan lawan yang kuat ketika menguasai permainan.
“Itu peringkat Liga Juara-Juara. Mereka kata Man City pasukan pilihan Liga Juara-Juara. Itu yang akan berlaku di peringkat lebih besar, tapi cara kami bermain hari ini amat menakjubkan,” katanya.