Manchester City Jadi Kelab EPL Pertama Meterai Perjanjian Tajaan Lengan Baju

Manchester City telah menjadi kelab EPL yang pertama untuk mengikat kontrak dengan penaja untuk diletakkan di lengan baju mereka.

Pengeluar Tayar dari Korea Selatan, Nexen telah berjaya mendapatkan hak penajaan tersebut.

Ini membolehkan logo syarikat tayar tersebut akan ditampal pada lengan baju Manchester City pada musim hadapan.

Kelab-kelab di EPL telah diberikan lampu hijau untuk meningkatkan lagi aspek penajaan dengan menjual hak lengan baju mereka kepada penaja.

Hal ini telah membuatkan Manchester City tanpa berlengah terus mendapatkan penaja untuk lengan baju mereka.

Ketua Pemasaran Manchester City, Tom Glick memberikan bayangan bahawa nilai tajaan yang mereka dapat untuk lengan baju adalah lumayan.

“Harga yang kami dapat sudah pastinya kurang daripada penaja utama di hadapan jersi. Tetapi nilainya agak lumayan.”

Buat masa ini masih banyak kelab tidak lagi aktif untuk mencari penaja seperti ini. Namun pakar di Bloomberg meramalkan akan ramai yang berbuat demikian selepas ini.

Pengarah Urusan Lagardere Sports And Entertaiment, Carl Woodman berpendapat:

“Ini telah menjadi satu peristiwa signifikan di dalam dunia penajaan bola sepak di England.”

“Peluang untuk para penaja mendapatkan hak tajaan lengan baju akan meningkatkan lagi nilai tajaan pada baju berbanding dengan penajaan baju sebelum ini.”

Baca juga: Carlo Ancelotti Teruja Jumpa Real Madrid Dan Protege Beliau, Zinedine Zidane

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN