Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe kini menjadi buruan beberapa kelab gergasi eropah setelah mempamerkan prestasi memukau ketika dalam saingan Piala Dunia di Rusia bulan lalu.
Manchester City mensasarkan untuk membawa masuk bintang Paris Saint Germain (PSG) itu pada pasaran perpindahan Januari depan.
Manchester City are willing to break the world transfer record…
They're considering a £200m move for Kylian Mbappe 👀
It's the gossip 🗞👉 https://t.co/6FgVFbnEvi #MCFC pic.twitter.com/B1rZ1xypdW
— BBC Sport (@BBCSport) September 30, 2018
Pengurus City, Pep Guardiola percaya pemain Perancis itu mampu membantu pasukannya dalam mengecapi kejayaan di Liga Juara-Juara apabila mahu melakukan bidaan 200 juta pound sekali gus bakal memecah rekod dunia.
Jika tawaran tersebut berlaku, itu bermakna rekod perpindahan Neymar yang menyertai PSG dari Barcelona pada tahun lalu dengan nilai 198 juta pound berjaya dipadam.
Top rated players aged 23 and under in Europe's top five leagues this season (2+ apps):
🥇K. Mbappe — PSG (8.14)
🥈R. Sterling — Manchester City (7.84)
🥉N. Pepe — Lille (7.81)https://t.co/BwvcOK7fm0 pic.twitter.com/1tK4Jzr3YZ— WhoScored.com (@WhoScored) September 26, 2018
Mbappe sudah berada dalam radar Guardiola sejak dia beraksi di Monaco apabila dia menunjukkan persembahan memukau ketika menyingkirkan City di peringkat kalah mati dalam Liga Juara-Juara musim lalu.
Baru-baru ini pencari bakat Chelsea, Sergio Daniel Boga mendedahkan Chelsea pernah melepaskan peluang terbaik untuk merekrut Kylian Mbappé ke Stamford Bridge, enam tahun yang lalu.
Dalam satu temubual bersama Goal, Boga memberitahu mengenai usaha beliau untuk membawa Pemain muda terbaik FIFA 2018 itu untuk menyertai Chelsea pada tahun 2013.
Menurutnya, bintang Piala Dunia Perancis itu pernah hadir dalam beberapa sesi pemilihan pemain di Cobham untuk menyertai The Blues pada 2012.
Malangnya pengurusan akademi ketika itu enggan menerima pemain tersebut yang ketika itu masih berusia 13 tahun.
Boga berkata, Mbappé telah menjalani latihan pemilihan selama seminggu, namun ianya masih belum mampu untuk menambat hati pihak Chelsea ketika itu.
Keputusan Chelsea itu menyebabkan Mbappé dan keluarganya turut kecewa dan marah.