Manchester City Sedia Naikkan Gaji Haaland Untuk Elak ‘Dipancing’ Real Madrid

Penyerang muda Manchester City iaitu Erling Haaland berkemungkinan besar akan mendapat tawaran gaji baharu daripada pengurusan kelab pada masa hadapan dalam usaha mereka untuk mengekalkan pemain tersebut.

Ini kerana, dilaporkan gergasi dari Sepanyol iaitu Real Madrid menjadi salah satu kelab yang menunjukkan minat besar untuk mendapatkan khidmat Haaland pada musim akan datang.

Haaland yang buat pertama kali menyertai saingan English Premier League (EPL) menunjukkan impak yang tersendiri selaku mesin gol, selepas pelbagai rekod baharu telah dikecapi pemain ini bersama City.

Sehingga kini, Haaland telah pun meledak 28 gol secara keseluruhan daripada 26 perlawanan dihadapi serta turut mencipta lima bantuan gol bersama City.

Ini bermakna, Haaland ada peluang 12 lagi aksi untuk memintas rekod Mohamed Salah yang meledak 32 gol daripada 38 permainan bersama Liverpool serta 34 jaringan Alan Shearer pada satu musim yang bermain 42 perlawanan.

Sebenarnya, ada sedikit kebimbangan yang timbul mengenai Haaland, selepas beliau sah mengalami kecederaan baru-baru ini ketika mewakili Norway, namun dilaporka juga pemain ini mungkin hanya akan terlepas beberapa perlawanan sahaja.

Pastinya Pep Guardiola menagih aksi pemain ini kembali dalam misi City untuk mengejar kejuaraan EPL yang kini berkelebihan buat Arsenal di tangga pertama liga.

Selain itu, City masih lagi mempunyai dua saingan yang mereka masih kejar iaitu FA Cup serta UEFA Champions League (UCL), dan kelibat Haaland di posisi hadapan amat ditagih.

https://twitter.com/doozy_45/status/1639903957760786433?s=46&t=PjZp2OHZUbTyFaA8MqRqoA

Lapan gol dihasilkan oleh Haaland dalam dua perlawanan terakhir ini menyaksikan betapa pentingnya Haaland kepada Pep untuk mencatur taktikal terbaik dalam setiap perlawanan dihadapi.

Jika dilihat pada prestasi semasa penyerang muda ini, tidak ada mana-mana kelab yang akan menolak untuk mendapatkan khidmat Haaland dan Real menjadi salah satu daripadanya.

Real sebenarnya telah pun dikaitkan bersama Haaland sejak musim lalu dan mengikut laporan dikeluarkan oleh Sportbible, City berkemungkinan akan mengambil langkah drastik untuk mengekalkan bintang itu.

Antara yang akan dilakukan oleh City termasuklah menaikkan jumlah gaji pemain itu yang boleh mencecah kepada £500,000 seminggu yang akan menjadikan Haaland pemain termahal dalam saingan liga.

Walaubagaimana pun, isu mungkin akan berlaku jika Real masih menaruh minat tinggi untuk mendapatkan Haaland, kerana mereka turut akan menandatangani bintang muda Brazil pada musim hadapan iaitu Endrick.

Ini kerana, menurut perjanjian yang dibuat bagi mendapatkan Endrick ialah salah satu klausa yang tertera tidak membenarkan Haaland menyertai Real kerana beliau mahu menjadi pilihan utama sebagai penyerang kelab.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN