Selepas gagal mendapatkan Dani Alves, Pep Guardiola dilaporkan sudah menghantar wakil untuk berbincang dengan pihak Spurs tentang potensi perpindahan Kyle Walker.
Sebelum ini, City memang dikaitkan dengan Kyle Walker tetapi usaha ini sedikit ditangguhkan selepas Spurs berkeras meminta £50 juta untuk pemain tersebut dan City enggan memenuhinya.
Alasan Spurs nak jual mahal adalah kerana Walker adalah pemain berkualiti. Beliau adalah pemain kebangsaan England. Pada masa yang sama, Walker sudah menandatangani kontrak baru musim lalu.
City cuba mendapatkan Alves sebagai alternatif kepada Walker. Malangnya pemain itu memilih untuk menyertai PSG.
Kini City kembali untuk mendapatkan Walker. Bek kanan ini dilihat semakin sukar mendapat tempat di Spurs selepas Mauricio Pochettino musim lalu lebih gemar menggunakan Kieran Trippier dalam perlawanan penting.
Trippier turut menjadi pilihan utama Pochettino dalam beberapa perlawanan terakhir musim lalu.
Namun begitu Spurs tidak akan menjual murah pemain pilihan kedua mereka. Mereka menuntut harga £50 juta ditambah klausa bonus £3 juta daripada City.
City dijangka akan memuktamadkan perjanjian Walker dan bek kiri Monaco, Benjamin Mendy secepat mungkin. Manakala untuk Benjamin Mendy, City dijangka akan membayar lebih £40 juta untuk pemain tersebut.
Sumber Telegraph melaporkan pihak Manchester City menafikan angka £50 juta untuk Walker. Mereka menyatakan angka yang mereka akan bayar adalah lebih rendah.
Walker dijangka akan dikecualikan daripada latihan pra-musim mereka hari ini untuk menyelesaikan urusan perpindahan ke City.
Sebagai ganti kepada Walker, Pochettino sudah menyediakan bidaan £22 juta untuk mendapatkan Ricardo Pereira dari Bayer Leverkusen.
Namun buat masa ini, Bayer Leverkusen masih belum terbuka untuk menjual pemain tersebut kepada Spurs. Rundingan masih lagi dibuat.
Sumber