Manchester City Sahkan De Bruyne Akan Berehat 3 Bulan Kerana LCL

Sebelum ini pemain ini dijangka akan berehat sebulan sehingga 2 bulan, namun dalam kenyataan terbaru kelab tersebut mereka mengesahkan yang Kevin De Bruyne bakal berehat panjang 3 bulan.

De Bruyne menjadi nadi penting skuad Man. City dalam kejuaraan EPL musim lalu. Beliau tercedera di lutut ketika latihan pada Rabu lalu.

Dengan pengesahan daripada kelab bahawa pemain ini berehat 3 bulan, De Bruyne akan terlepas aksi menentang Liverpool pada 7 Oktober, dan Derbi Manchester pada 11 November.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Manchester City berkata:

“Manchester City boleh mengesahkan yang pemain tengah kami (Kevin De Bruyne) mengalami kecederaan ‘lateral collateral ligamen’ (LCL) di sebelah kaki kanan beliau.”

“Kecederaan ini tidak memerlukan pemain untuk dibedah dan beliau akan berehat kira-kira 3 bulan.”

Ini merupakan kali ke-2 De Bruyne mengalami kecederaan serupa. Pada 2016, beliau mengalaminya ketika perlawanan menetang Everton dan membuatkan beliau berehat 2 bulan.

Beliau masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 0-2 Man. City ke atas Arsenal pada Ahad lalu.

Mujurlah Manchester City memilih lambakan bakat yang banyak untuk mengatasi masalah ini. Mereka ada pemain seperti Bernardo Silva, David Silva, Ilkay Gundogan dan juga Phil Foden yang mampu mengisi kekosongan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN