Manchester City dan Nike akhirnya mempertontonkan kepada umum jersi rekaan khas ‘mashup’ – yang bertemakan kerjasama 6 musim antara mereka.
Manchester City dan Nike akan mengakhiri kerjasama mereka selepas tamat musim ini. Hal ini kerana Man. City sah menandatangani kerjasama dengan Puma selepas ini.
Nike menggabungkan kesemua 9 rekaanjersi mereka yang yang menjadi pilihan peminat. Antaranya adalah rekaan untuk musim 2017/18 di mana Manchester City memecahkan rekod kutipan mata dalam EPL.
Dan tidak lupa juga jersi musim 2013/14 – di mana Man. City menjuarai kejuaraan domestik berganda.
Kerjasama antara Nike dan City penuh dengan makna tersendiri. Kerjasama yang berjaya mencipta kenangan bersama dalam kejuaraan EPL. Secara keseluruhan sepanjang tempog tersebut Man. City memenangi 6 trofi major sejak 2013.
Jersi tersebut adalah edisi terhad dan para peminat Cityzen perlu membuat pra-tempah untuk memilikinya.
Jersi ‘mashup’ ini akan digunakan dalam pra perlawanan menentang Fulahm pada aksi EPL dan dalam beberapa baki perlawanan musim ini.
Para peminat permainan video FIFA juga boleh menggunakan jersi itu pada pasukan FUT mereka pada pertengahan April ini.
Manchester City menggesa agar para peminat segera melakukan pra tempah kerana ianya hanya ada 6,000 unit sahaja.
Berdasarkan tinjauan kami di twitter Manchester City, ramai penyokong City sendiri berbelah bagi tentang konsep dan rekaan jersi ini.
Apa pula pandangan anda? Boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen.