Manchester City secara rasminya telah dinobatkan sebagai juara saingan Premier League musim ini selepas kejayaan mereka melakukan kebangkitan yang sungguh menakjubkan bertemu Aston Villa di Etihad.
Saingan Premier League melabuhkan tirainya pada minggu ini dengan kesemua perlawanan pada minggu ke-38 musim ini dilangsungkan secara serentak malam semalam.
Memandangkan Manchester City dan Liverpool hanya dipisahkan dengan jarak satu mata sahaja, maka juara saingan musim ini terpaksa ditentukan pada hari terakhir sebelum tamatnya saingan musim ini.
How's everyone feeling?!!? 🤩 pic.twitter.com/UHepMsomTf
— Manchester City (@ManCity) May 22, 2022
City hanya perlu mencatatkan kemenangan sahaja untuk ditabalkan sebagai juara saingan musim ini, sementara Liverpool pula mereka perlu meraih tiga mata dan pada masa sama mengharap The Cityzens akan tersungkur untuk bergelar juara.
Steven Gerrard sangat diharapkan akan mampu memimpin anak-anak buahnya untuk memastikan City keciciran mata pada minggu ini agar memberi ruang kepada bekas kelabnya, Liverpool untuk menjuarai saingan Premier League musim ini.
Aksi dramatik hari terakhir
City hampir sahaja berputih mata melepaskan gelaran liga kepada Liverpool selepas mereka terlebih dahulu ketinggalan 2-0 bertemu Villa sebelum cemerlang melakukan kebangkitan menjaringkan tiga gol dalam tempoh enam minit.
Skuad kendalian Gerrard itu berjaya membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-37 permainan menerusi Matty Cash.
4️⃣ times in 5️⃣ seasons! 🙌
2021/22 @premierleague Champions 🏆
@EASPORTSFIFA #FIFA22 pic.twitter.com/G2k8tgn7yr
— Manchester City (@ManCity) May 22, 2022
Bekas bintang Liverpool, Philippe Coutinho kemudiannya menambah tekanan untuk skuad kendalian Pep Guardiola itu selepas beliau cemerlang meledak gol kedua Villa pada aksi babak kedua permainan.
Berita City ketinggalan 2-0 itu disambut dengan penuh meriah oleh para penyokong Liverpool di Anfield walaupun mereka sendiri pada ketika itu masih terikat 1-1 bertemu Wolverhampton Wanderers.
Kegembiraan penyokong Liverpool tidak bertahan lama selepas City dengan tiba-tiba melakukan kebangkitan yang sungguh dahsyat dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh enam minit sahaja.
Bermula dengan gol yang dijaringkan oleh IIkay Gundogan pada minit ke-76 permainan, City berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 hasil gol jaringan Rodri.
Keputusan Guardiola memasukkan Gundogan pada minit ke-68 ternyata membuahkan hasil selepas bintang Jerman itu cemerlang menjaringkan gol kemenangan City pada minit ke-81 permainan.
The moment we’ve been waiting for! 🏆 pic.twitter.com/E4dzb9buvc
— Manchester City (@ManCity) May 22, 2022
Dua gol jaringan dari Gundogan itu sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 3-2 City menewaskan Villa seterusnya menjuarai saingan Premier League musim ini.
Liverpool sementara itu turut berjaya menewaskan Wolves dengan keputusan 3-1 namun ia tak cukup untuk membantu mereka memintas City.
Kejayaan City menjuarai saingan Premier League musim ini merupakan satu pencapaian yang sungguh luar biasa dasyat untuk skuad kendalian Guardiola itu.
Pengurus dari Sepanyol itu berjaya membantu City untuk menjuarai saingan Premier League buat kali keempat dalam tempoh lima tahun terakhir ini.
Ia jelas sekali satu pencapaian yang sungguh luar biasa dasyat untuk Guardiola yang konsisten memastikan EFL Cup akan dibawa ke bumi Etihad.
Liverpool sendiri sementara itu terpaksa melupakan hasrat mereka mahu memenangi gelaran quadruple musim ini selepas kejuaraan liga terlepas ke tangan City.
Doing anything tomorrow evening!? 😆🏆
Join us in Manchester city centre to celebrate with an open-top bus parade!
Tap for details 👇
— Manchester City (@ManCity) May 22, 2022
Walau bagaimanapun, pujian seharusnya diberikan kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu kerana mampu untuk beri saingan kepada City hingga ke hari terakhir saingan musim ini.