Manchester City Meterai Perjanjian Bernilai £65 Juta Setahun Bersama Puma

Manchester City telah memeterai perjanjian tajaan jersi kedua terbesar di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris -hanya di belakang Manchester United- setelah kelab tersebut mengumumkan kerjasama dengan pembekal pakaian sukan terkemuka, Puma.

Tajaan tersebut termasuk turut merangkumi empat lagi pasukan yamg mempunyai hubungan pemilikan dengan Manchester City.

Walaupun perincian mengenai perjanjian tersebut dirahsiakan, sumber daripada ESPN mendedahkan perjanjian tersebut bernilai £65 Juta setahun, untuk 10 tahun yang berikutnya.

(Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Jumlah tersebut mencatatkan peningkatan hampir tiga kali ganda, selepas City hanya menerima £20 juta daripada Nike yang kontraknya akan berakhir selepas tamat musim ini.

Perjanjian oleh Puma merangkumi empat kelab lain dengan pemilikian yang sama, iaitu Melbourne City di A-League, Girona di La Liga, Atletico Torque di Uruguay dan kelab China iaitu Sichuan Jiuniu yang melibatkan skuad utama, wanita dan remaja.

New York City yang juga merupakan milik City Football Group (CFG) bagaimanapun terikat dengan perjanjian bersama MLS yang mempunyai kontrak bersama Adidas sebagai pembekal utama jersi.

Photographer: Oliver Bunic/Bloomberg via Getty Images

Untuk rekod, Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva adalah antara pemain yang telah ditaja oleh Puma. Manchester City pula adalah penerima tajaan terbesar yang berada di dalam senarai portfolio Puma.

Kelab seteru Manchester City – Manchester United pula menerima tajaan sebanyak £750 juta selama 10 tahun daripada Adidas, untuk menjadi kelab yang menerima tajaan terbesar untuk jersi pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puma, Bjørn Gulden mengakui bahawa perjanjian baharu ini merupakan yang terbesar pernah dijalinkan mereka.

”Kerjasama PUMA dengan City Football Group merupakan perjanjian terbesar yang pernah kami dilakukan – dalam kedua-dua skop dan cita-cita”

”Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan City Football Group, yang berjaya, cita-cita dan memacu inovasi yang telah menetapkan ‘standard’ baharu di dalam atau di luar padang.”

CEO CFG, Ferran Soriano (kanan) bersama CEO PUMA, Bjorn Gulden. Kredit foto: PUMA

”Kami memandang ke hadapan untuk membina kerjasama paling inovatif dalam bola sepak dalam mendefinisikan model perkongsian di luar dan luar padang.”

”Kami juga mahu memaksimumkan prestasi di padang serta budaya bola sepak, dalam bidang seperti muzik, permainan dan fesyen untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada ‘fanbase’ setiap pasukan.”

Gulden bersama ketua pasukan utama dan wanita Manchester City, Vincent Kompany dan Pauline Bremer. Kredit foto: PUMA

CEO City Football Group, Ferran Soriano turut menyifatkan perjanjian yang dimeterai menjadi babak baru yang menarik buat CFG.

”Pengumuman ini menandakan permulaan babak baru buat City Football Group.”

”Hubungan kami dengan PUMA akan meliputi lima pasukan City Football Group merangkumi empat benua, akan menetapkan semula model untuk perkongsian sukan pada skala yang benar-benar global dan menjadi sahih dan relevan bagi peminat di seluruh dunia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN