Manchester City Mengarahkan Pemain Ini Bersara Dan Tawarkan Jawatan Lain

Sinan Bytyqi adalah pemain muda yang berbakat besar. Beliau berada di dalam senarai pemain muda yang diberikan perhatian tinggi oleh Pep Guardiola.

Beliau berasal daripada Kosovo dan menikmati musim pinjaman di Belanda dengan cemerlang bersama Go Ahead Eagle. Namun pihak perubatan Go Ahead Eagles mendapati Bytyqi ada komplikasi pada jantungnya.

“Pada suatu hari saya dipanggil ke pejabat. Di sana dan saya melihat ada pengurus, jurulatih dan fisio. Saya mulai tertanya-tanya, kenapa saya dipanggil menghadap mereka semua?”

“Pengurus kemudian datang ke arah saya. Saya agak pelik apabila beliau menarik sekeping kertas dan memberitahu, itu adalah laporan tahunan ujian jantung saya. Saya dipaksa balik ke Manchester dengan segera.”

“Mereka memberitahu saya, keadaan semasa saya ini memungkinkan saya terpaksa melupakan sebarang sukan profesional.”

Beliau didiagnosis dengan komplikasi hypertrophic cardiomyopathy. Pihak Go Ahead Eagles meminta beliau ke Manchester untuk mengesahkan sendiri laporan itu.

Manchester City mahukan Bytyqi bersara!

Ternyata di Manchester, beliau mendapat laporan yang sama. Komplikasi pada jantung beliau ini membuatkan otot hatinya mengembang dan boleh menyebabkan kecacatan pada hati.

“Mereka memberitahu, jika saya mahu terus bermain bola sepak profesional, ada 4% kemungkinan jantung saya akan berhenti. Jika saya berhenti bermain peratusan jantung saya terhenti adalah 1%.”

Impian tak terlaksana

Beliau turut menceritakan impiannya yang mahu mengubah nasib keluarganya. Pada usia muda lagi beliau dan keluarganya menjadi pelarian ke Kosovo.

“Ketika itu, kami ditangkap polis, dan dihantar pulang semula. Ketika itu saya berusia 6 bulan.”

“Nenek saya menceritakan mereka menghancurkan pertempatan kami. Akhirnya kami berjaya masuk ke Vienna, Austria secara sah.”

“Apa yang saya mahukan dalam hidup adalah bermain bola sepak. Saya terpaksa pergi ke padang bola sepak yang jauhnya 3 jam dari rumah saya. Tetapi untuk benda yang anda cintai, ia bukannya masalah.”

“Saya dipilih mewakili pasukan Austria B-19 tahun dan ketika itulah saya dipantau oleh Manchester City. Mereka menawarkan kontrak kepada saya.”

“Saya diletakkan di bawah program skuad elit Manchester City di bawah coach Patrick Vieira. Patrick jurulatih luar biasa. ”

“Dia seringkali menghantar pelatih-pelatih yang sedang menunggu bas untuk balik. Apabila keluarga saya datang melawat, dia membawa kami makan di restauran Itali.”

Pada 2014, Bytyqi menjadi pemain simpanan dalam Piala Liga menentang Sheffield Wednesday dan mereka menang 7-0.

Selepas itu, beliau dipinjamkan ke Cambuur di Belanda. Tetapi pulang awal kerana kecederaan lutut. Selepas berehat panjang, beliau ke Belanda sekali lagi untuk menyertai Go Ahead Eagles.

“Ia pengalaman yang saya tak akan lupakan. Saya merasai detik 10,000 penyokong kami berada di stadium untuk perlawanan menentang Ajax. Dan seterusnya, ketika berkunjung ke Ajax, kami bermain di hadapan 50,000 penyokong.”

“Saya mendengar mereka memberitahu, Pep kini sedang memantau perkembangan saya secara dekat.”

Karier pemain bola sepak berakhir

Namun Bytyqi sedih dengan apa yang menimpa dirinya. Dan dia seringkali merasai perkara pelik sejak kecil.

“Sejak kecil lagi saya merasakan ada sesuatu yang tak kena. Tetapi perkara seperti ini hanya diketahui selepas kita semakin dewasa.”

“Saya sedih kerana tak mampu menunaikan impian rakyat Kosovo yang mahu melihat saya berjaya di sini. Kami tak ramai pemain bola sepak. Di kampung saya, semua sepupu dan saudara mara saya ada jersi Manchester City.”

Manchester City kemudian menawarkan jawatan baru kepada Bytyqi jika beliau masih mahu kekal dengan kelab itu. Pengarah kelab, Txiki Begiristain memberikan sokongan penuh kepada beliau.

“Txiki Begiristain menyatakan ia keputusan yang bijak untuk saya bersara. Dia memberikan sokongan kepada saya. Jika saya nak buka kedai di stadium Etihad pun beliau akan membantu saya, katanya.”

Kini Bytyqi akan menyertai skuad pemantau bakat Manchester City selepas ini. Beliau terharu kerana tidak menyangka akan diberikan peluang untuk menggalas jawatan di kelab tersebut.

Tugasan pertama beliau adalah di Girona, kelab ‘adik’ kepada Manchester City. Beliau akan memantau prestasi pemain-pemain Manchester City di sana.

“Saya tak mampu mengubah hari semalam. Tetapi saya boleh mengubah hari saya esok. Saya perlu memilih, untuk menangis ataupun meneruskan langkah.”

“Saya bersyukur kerana Manchester City memberikan sokongan penuh kepada saya. Mungking hanya 2 daripada 10 kelab yang akan melakukan sesuatu seperti ini.”

“Bagi saya, ianya tugasan terbaik di dunia adalah dibayar untuk bermain bola sepak, yang kedua adalah dibayar untuk menyaksikan bola sepak. Saya gembira.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN