Manchester City Lengkapkan Perpindahan Riyad Mahrez

Secara rasminya, Riyad Mahrez berpindah ke Manchester City. Cityzens membayar yuran perpindahan sebanyak £60 juta kepada Leicester City.

Namun begitu, dikatakan yuran perpindahan itu berpotensi akan naik kepada £75 juta.

Teruja

Riyad Mahrez ketika disambut oleh pengurus Cityzens, Pep Guardiola. Sumber: The Guardian.

Riyad mengakui tidak sabar beraksi untuk Manchester City. Malah, beliau merasakan Cityzens mempunyai suasana yang baik di mana beliau meningkatkan mutu permainannya.

Riyad sendiri mengakui Pep Guardiola komited dalam attacking football. Dan taktik itu sesuai dengan jiwanya dan ingin menjadi salah satu anggota dalam skuad kendalian Pep.

Pengarah Bola Sepak Manchester City, Txiki Begiristain berpendapat bahawa pemain Algeria itu sangat berbakat. Malah, ramai terpikat dengan kelincahan aksi Riyad dalam kancah Liga Perdana Inggeris itu.

Le Havre ke Manchester

Pada 2010, beliau menolak perpindahan ke Paris St. Germain dan Marseille. Sebaliknya beliau menyertai Le Havre, kelab divisyen dua Perancis.

Beliau telah menjaringkan 10 gol daripada 67 penampilan untuk Le Havre. Riyad telah menarik perhatian individu bernama Steve Walsh.

Kemudiannya, Steve Walsh mencadangkan kepada Leicester untuk mendapatkannya. Akhirnya pada Januari 2014, Leicester berjaya menyambar pemain ini.

Riyad menjadi salah seorang anggota skuad Leicester yang menjuarai EFL Championship pada 2014. Setelah itu, beliau dan rakan-rakannya merasai aksi di Liga Perdana Inggeris.

Kisah ajaib Leicester

Seluruh dunia dikejutkan dengan kisah ajaib Leicester. The Foxes merangkul kemahkotaan Liga Perdana Inggeris pada musim 2015-16.

Walhal pada sebelum musim tersebut bermula, Leicester telah diramalkan akan tersingkir divisyen. Pada musim tersebut tersebut, Riyad menjaringkan 17 gol untuk membantu Foxes menjuarai liga.

Malah, beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA di samping dipilih sebagai salah satu Pasukan Terbaik Tahunan PFA.

Riyad turut dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan Afrika oleh BBC. Selain itu, beliau diberikan anugerah Pemain Terbaik Afrika oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain berusia 27 tahun ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN