Manchester City Lebih Berminat Fokus Pada Pertemuan Liverpool Berbanding Derbi Manchester

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menggesa pasukannya supaya mengalih tumpuan serta merta kepada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool rabu ini.

Biarpun berpeluang mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih awal, namun Guardiola bertegas dia hanya menumpukan perhatian terhadap dua perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara itu.

City berpeluang menjadi juara England buat kali kelima selepas menundukkan Everton 3-1 hari ini, dan dengan kemenangan ke atas seteru tetangga Manchester United minggu depan membolehkan mereka menjulang trofi Liga Perdana lebih awal.

“Saya sedar orang mula bercakap tentang perlawanan menentang United, namun ketika ini semua keputusan adalah mengenai Liverpool

“Ini kerana kami kini nyaris meraih kejuaraan Liga Perdana dengan hanya satu kemenangan membolehkan City dinobatkan juara England. Namun jika kalah, kami masih mempunyai enam lagi peluang.

“Setakat ini kami masih gembira dengan prestasi kami. Ia penting untuk peminat yang mana mereka adalah istimewa bagi kami. Bagi saya amat penting untuk kami menang tidak kira di mana kami berada.

“Bagaimanapun, apa yang pa­ling penting adalah pertemuan dengan Liverpool. Rabu ini kami perlu berkunjung ke Anfield dengan keyakinan yang tinggi. Kami ada beberapa hari lagi untuk melakukan persediaan,” ujar Guardiola.

Manchester City menjadi pilihan pasukan dari England untuk memenangi Liga Juara-Juara selepas mempamerkan aksi cukup meyakinkan dan penuh kualiti menerusi kelebihan 16 mata dari pasu­kan tempat kedua United dalam kempen Liga Perdana musim ini.

Sementara itu, baik Liverpool mahupun City, Guardiola berkata, pasukannya perlu bersatu bagi mendapatkan semula rentak selepas kali terakhir mereka beraksi adalah ketika mengalahkan Stoke 2-0 pada 12 Mac lalu.

“Kami bersatu untuk mendapatkan semula kepantasan dan rentak. Ini kali pertama saya selaku pengurus dapat menewaskan Everton.

“Selepas 3 minggu tanpa beraksi anda tidak tahu bagaimana anda akan tunjukkan dan cara kami bermula dari awal perlawanan amat bagus sekali, begitu juga di babak kedua.

“Tidak kira apa yang berlaku anda perlu bermain secara agresif dan cuba mengekalkan bola sekerap mungkin dan itu yang kami telah lakukan.

“Kami tahu di stadium ini, di Goodison Park dan juga Anfield , jika anda tidak memenangi pertarungan bola atau tidak tunjukkan belang, ia sukar, ia hampir mustahil untuk menang,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN