BBC melaporkan bahawa Manchester City telah menghantar bidaan rasmi bernilai £50 juta kepada Arsenal untuk mendapatkan Alexis Sanchez.
City mahukan pemain itu sebelum jendela perpindahan pemain berakhir pada Khamis ini. Alexis Sanchez masih ada baki 9 bulan lagi di dalam kontrak beliau dengan The Gunners.
Namun tidak lama selepas itu, Sky Sports melaporkan bahawa bidaan tersebut ditolak oleh Arsenal.
Arsene Wenger masih yakin pemain itu akan memberikan komitmen kepada Arsenal walaupun masih belum melanjutkan kontrak beliau di Emirates.
Seterusnya, BBC Sports melaporkan Arsenal meminta Raheem Sterling sebagai sebahagian daripada perjanjian jika City berhasrat membawa Sanchez ke Etihad.
Arsenal have rebuffed all approaches from Man City for Sanchez. #AFC stance remains not for sale – unless huge money + player offered #MCFC
— David Ornstein (@David_Ornstein) August 29, 2017
Sterling dikatakan tiada masalah untuk bermain di Arsenal kerana rumah keluarga beliau di London.
Namun Pep Guardiola tidak mahu menyertakan mana-mana pemain beliau di dalam perjanjian dan mahu melakukan pembelian terus. Ini kerana Guardiola mahu menambahkan skuad.
Pada masa yang sama, Raheem Sterling telah bermain kesemua perlawanan untuk City setakat ini. Beliau dilayangkan kad merah dalam perlawanan terakhir City sebelum rehat minggu antarabangsa.
Sanchez menyertai Arsenal dari Barcelona pada 2014 dengan perpindahan bernilai £35 juta. Beliau pernah bekerjasama dengan Guardiola ketika di Camp Nou.
Musim lalu, Sanchez cemerlang menjaringkan 31 gol dalam semua pertandingan serta 24 daripadanya dalam EPL untuk Arsenal.
Sanchez akan menjadi tambahan skuad yang besar untuk City yang sebelum ini turut menandatangani Bernardo Silva dari AS Monaco.
Sumber
1. BBC http://www.bbc.com/sport/football/41084876