Manchester City Melanggar Peraturan Anti Doping

Kelab Manchester City didapati bersalah melanggar peraturan anti doping. FA England mengesahkan bahawa pertuduhan ini adalah berita benar.

FA England menghebahkan perkara itu melalui laman sesawang mereka semalam (11/01/2017). Anda boleh rujuk di sini.

City diberikan tempoh sehingga 19 Januari ini untuk memberikan tunjuk sebab. Jika tidak, mereka bakal berhadapan dengan hukuman yang berat di bawah Perkara 14(d).

City boleh memilih untuk menerima hukuman ataupun mencabar pertuduhan tersebut.

City didapati bersalah apabila gagal memberikan maklumat yang betul kepada FA England berkaitan jadual latihan dan status keberadaan pemain mereka.

Kegagalan ini membuatkan agensi anti doping sukar untuk melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pemain mereka. Setakat ini tidak ada pemain City yang didapati positif barang terlarang.

Namun mereka gagal mengemaskini data latihan dan juga maklumat pemain untuk dihantar kepada FA England.

Untuk makluman, setiap pasukan perlu mengemaskini data setiap sesi latihan dan status semasa pemain mereka termasuk pemain utama dan pemain muda.

Pemain yang gagal datang ke sesi latihan haruslah dimaklumkan kepada pihak anti doping sejam sebelum sesi latihan bermula. Jika tidak, ia dikira ponteng atau cuba lari daripada pemeriksaan mengejut oleh badan anti doping.

FA England sangat tegas dalam isu anti doping. Mereka sudah menandatangani kerjasama dengan badan anti-doping dunia.

Anda pasti masih ingat kes Rio Ferdinand yang tidak hadir ke latihan namun pihak Manchester United gagal melaporkan ketidakhadiran beliau sejam lebih awal. Ferdinand digantung 8 bulan oleh FA England.

Rasanya, mengamuk Pep Guardiola dengan berita ini. Mana tidaknya, staf sudah dibayar gaji mahal tetapi malas nak buat kerja. Ia sekaligus mencemarkan reputasi pasukan City.

Baca juga:Mengenang Kisah Invincibles Arsenal Musim 2003/04

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN