Kerana Terlepas Cakap, Pegawai Manchester City Terpalit Dalam Isu Perkauman

Kata orang, terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya.

Inilah yang berlaku melibatkan seorang pegawai Manchester City apabila beliau telah mengeluarkan satu kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

Menurut laporan Mirror, pegawai Manchester City tersebut yang merupakan pencari bakat di kelab tersebut telah disabit dengan kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman sewaktu mencari bakat baharu.

Pegawai yang bernama Dean Ramsdale itu telah menggambarkan pemain berkulit gelap sebagai BBQs yang membawa maksud big, black, quick (besar, hitam, pantas).

Perkataan tersebut dikeluarkan oleh Ramsdale dalam satu pertemuan bersama rakan beliau dan juga 2 ejen pemain bola sepak yang lain.

Dean Ramsdale merupakan seorang pencari bakat di Manchester City. Gambar: Sheffield Wednesday

Tindakan yang dilakukan oleh Ramsdale itu telah disedari oleh seorang saksi yang menyaksikan pertemuan itu.

Saksi tersebut yang cukup berang dengan kenyataan oleh Ramsdale itu telah melakukan aduan rasmi kepada Manchester City dengan mengatakan pencari bakat itu melakukan pemprofilan secara perkauman atau racial profiing terhadap pemain kulit gelap.

Manchester City dikatakan telah melancarkan satu siasatan ke atas Ramsdale untuk mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Pihak kelab juga turut berpendapat yang bahasa yang dilakukan oleh pencari bakat mereka itu dianggap sebagai tidak sopan dan canggung (clumsy).

Manchester City telah pun menghantar surat permohonan maaf mengenai perkara ini.

Namun begitu, tiada lagi respon diterima oleh kelab itu sama ada pihak di sebelah sana sudah menamatkan isu ini atau tidak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN