Juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City mencipta rekod baharu apabila memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi kutipan mata, jumlah jaringan dan kemenangan semusim ketika menewaskan Brighton, awal pagi tadi.
Kemenangan menyaksikan City mengumpul 97 mata berbaki satu perlawanan musim ini dan mengatasi rekod yang sebelum itu dipegang Chelsea iaitu 95 mata ketika musim 2004/05.
Manchester City make Premier League history! 🔥 pic.twitter.com/qCzfJXszOr
— B/R Football (@brfootball) May 9, 2018
City juga sudah memecahkan rekod ledakan gol dengan menjaringkan 105 gol dan memenangi 31 perlawanan pada musim ini setakat ini.
Danilo dan Bernardo Silva masing-masing meledak gol sebelum Leonardo Ulloa merapatkan jurang buat Brighton pada babak pertama.
✅ Most points in a #PL season – 97
✅ Most wins in a #PL season – 31
✅ Most goals in a #PL season – 105👏 @ManCity 👏 pic.twitter.com/ScN8v3ShQc
— Premier League (@premierleague) May 9, 2018
Begitupun, semangat juang pelawat dimatikan apabila Fernandinho menjaringkan gol ketiga City pada babak kedua.
Pada perlawanan itu, pemain veteran Yaya Toure diberikan peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Stadium Etihad apabila disenarai dalam kesebelasan utama City bagi perlawanan berkenaan.
🚨 RECORD BROKEN 🚨
104 goals – the most scored by any team in a single @premierleague campaign. #mancity pic.twitter.com/IH4hVxggdg
— Manchester City (@ManCity) May 9, 2018
Pemain tengah Ivory Coast itu diberi penghormatan ketika meninggalkan padang tatkala permainan berbaki lima minit.
Toure yang berusia 34 tahun itu sudah memenangi tiga trofi Liga Perdana Inggeris dan empat kejuaraan piala domestik sepanjang lapan musim di City.
SALAM TERAKHIR… 😪
Mesej terakhir @YayaToure untuk para peminat #ManCity selepas berkhidmat selama 8 tahun untuk kelab.. #MerciYaya 💙 pic.twitter.com/KpSur3xGaz
— Manchester City (@ManCityMAS) May 9, 2018