Manchester City Buru Kemenangan Ke-13 Menentang Southampton

Barisan pemain Pep Guardiola akan menanti kunjungan Southampton awal pagi Khamis ini dan memburu kemenangan yang ke 13. Setakat ini mereka masih kekal dengan rekod tanpa kalah serta mengumpul 37 mata daripada 13 perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris dan hanya mencatat satu keputusan seri.

City kini mempunyai kelebihan lapan mata berbanding Manchester United di tempat kedua sekali gus dilabel sebagai pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan liga musim ini.

Bagaimanapun kapten pasukan, Vincent Kompany tidak mahu terbawa-bawa dengan pujian itu.

“Selepas 15 tahun beraksi di tahap ini, satu perkara yang saya belajar ialah, anda tidak akan dinobatkan sebagai juara pada November,” katanya.

Kapten Manchester City, Vincent Kompany.

Menyedari perkara itu, pemain tengah Manchester City, Raheem Sterling tekad menambah koleksi gol peribadinya dan membantu Manchester City mengekalkan rekod cemerlang pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Sterling menjadi watak penting ketika kelabnya bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Huddersfield Town, Ahad lalu apabila berjaya memenangi sepakan penalti yang kemudian diambil oleh Sergio Aguero sebelum dia menyumbang gol pada lewat permainan.

Jaringan itu adalah yang ke-12 dirinya dalam semua pertandingan, satu pencapaian yang sudah lama tidak dilakukan oleh pemain sayap England itu sebelum ini.

Sterling berkata, ketenangan berdepan tekanan adalah kunci utama kepada aksi konsistennya di depan gol tetapi dia enggan mendedahkan berapa banyak jumlah jaringan disasarkan musim ini.

“Saya hanya mahu masuk ke dalam kotak penalti dan cuba tampil setenang mungkin,” kata Sterling.

“Saya meletakkan sasaran pada setiap musim. Kadangkala anda mencapainya, kadangkala tidak. Inilah bola sepak, anda mempunyai tahun seterusnya untuk mencuba lagi.

“Saya tidak boleh beritahu anda jumlah sasaran itu kerana tidak mahu dikritik jika gagal mencapainya.

“Tapi saya sentiasa meletakkan sasaran realistik dan harap ia dapat dicapai musim ini.”, katanya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN