Manchester City Berminat Untuk Mendapatkan Khidmat Wilfred Zaha

Pemain sayap Crystal Palace, Wilfred Zaha dilaporkan menjadi buruan juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City dengan nilai £50 juta (RM267.57 juta).

Zaha merupakan tonggak penting Crystal Palace yang membawa pasukannya keluar daripada krisis prestasi pada awal musim.

Mereka juga berjaya menyelamatkan diri daripada ter­singkir ke saingan Liga Kejua­raan musim depan selepas berjaya men­jaringkan lapan gol serta mencipta tiga umpanan gol dalam 28 penampilannya.

Selain Man City, Tottenham Hotspur, Liverpool dan Chelsea juga sudah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ivory Coast itu tetapi City berharap mereka mampu me­nyambar khidmat Zaha lebih awal.

Kelincahan dan kepantasan Zaha dilihat menjadi faktor utama mengapa Pep Guardiola begitu berminat untuk membawanya ke Etihad bagi memastikan mereka mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim depan.

Guardiola sebelum ini dilaporkan cuba memancing khidmat perancang Leicester City, Riyad Mahrez tetapi pres­tasi cemerlang yang dipamerkan Zaha menyebabkan pengendali dari Sepanyol itu berubah arah.

City menawarkan sebanyak £60 juta (RM321.08 juta) untuk mendapatkan Mahrez, namun ditolak mentah-mentah oleh Leicester pada Januari lalu dan perkembangan ini me­nyaksikan pemain Algeria itu terpaksa mencari pasukan lain sekiranya mahu meninggalkan Stadium King Power musim depan.

Zaha gagal mempamerkan aksi terbaik pada awal musim menyebabkan dia digugurkan sebanyak tujuh perlawanan. Nasibnya ber­ubah selepas Roy Hodgson mengambil alih pasukan tersebut dan menjadi tonggak penting mem­bawa Pala­ce keluar dari zon penying­kiran

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN