Pemain sayap Crystal Palace, Wilfred Zaha dilaporkan menjadi buruan juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City dengan nilai £50 juta (RM267.57 juta).
Zaha merupakan tonggak penting Crystal Palace yang membawa pasukannya keluar daripada krisis prestasi pada awal musim.
Mereka juga berjaya menyelamatkan diri daripada tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan musim depan selepas berjaya menjaringkan lapan gol serta mencipta tiga umpanan gol dalam 28 penampilannya.
Selain Man City, Tottenham Hotspur, Liverpool dan Chelsea juga sudah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ivory Coast itu tetapi City berharap mereka mampu menyambar khidmat Zaha lebih awal.
Wilfried Zaha is closing in on a £50m move to Manchester City. (Source: Sunday Mirror) pic.twitter.com/shdRn5nZvA
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 13, 2018
Kelincahan dan kepantasan Zaha dilihat menjadi faktor utama mengapa Pep Guardiola begitu berminat untuk membawanya ke Etihad bagi memastikan mereka mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim depan.
Guardiola sebelum ini dilaporkan cuba memancing khidmat perancang Leicester City, Riyad Mahrez tetapi prestasi cemerlang yang dipamerkan Zaha menyebabkan pengendali dari Sepanyol itu berubah arah.
Crystal Palace have told Tottenham, Chelsea and Manchester City that Wilfried Zaha will cost £70m. (Source: Sun Sport) pic.twitter.com/z9Bjt47Sot
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 11, 2018
City menawarkan sebanyak £60 juta (RM321.08 juta) untuk mendapatkan Mahrez, namun ditolak mentah-mentah oleh Leicester pada Januari lalu dan perkembangan ini menyaksikan pemain Algeria itu terpaksa mencari pasukan lain sekiranya mahu meninggalkan Stadium King Power musim depan.
Zaha gagal mempamerkan aksi terbaik pada awal musim menyebabkan dia digugurkan sebanyak tujuh perlawanan. Nasibnya berubah selepas Roy Hodgson mengambil alih pasukan tersebut dan menjadi tonggak penting membawa Palace keluar dari zon penyingkiran