Manchester City Bayar £34.9 Juta Untuk Ederson, Bakal Pecah Rekod Perpindahan Buffon

“Siapa Ederson?” anda mungkin bertanya.

Memperkenalkan Ederson, penjaga gol kelahiran Brazil yang baru menjuarai liga Portugal, Primeira Liga dan Taça de Portugal (FA Cup versi Portugal) bersama Benfica. Ketika ini beliau sedang dipikat oleh Pep Guardiola untuk menyertai Manchester City pada musim depan.

Di Portugal, Ederson bukan sahaja dikenali sebagai penjaga gol yang cekap. Mana-mana penyokong Benfica akan memberitahu anda skil bola sepak Ederson cukup bagus hinggakan beliau boleh bermain sebagai pertahanan tengah.

Malah artikel Wikipedia beliau telah pun diedit dengan mengatakan ‘…telah ditukar posisinya kepada pertahanan tengah untuk menggantikan John Stones.”

Menurut artikel The Guardian, Ederson mempunyai kemahiran membuat sepakan gol paling jauh – sehinggakan beliau pernah menjaringkan gol dari kotak golnya sendiri semasa bermain di peringkat remaja Brazil.

Skil yang dimiliki Ederson ini sesuai dengan falsafah bola sepak Guardiola yang mahukan penjaga golnya selesa memegang bola dengan kaki.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Pada musim lepas, Guardiola melepaskan Joe Hart secara pinjaman (ke Torino) dan membeli Claudio Bravo untuk tujuan ini. Bagaimanapun Bravo gagal mengulangi kecemerlangan prestasinya di Barcelona di England.

Spekulasi Ederson ke Manchester City bertambah kuat selepas Ederson memberitahu TV Portugal selepas kemenangan 2-1 ke atas Vitoria awal pagi tadi, “Saya masih tak tahu (mengenai masa depan) tetapi hari ini mungkin perlawanan terakhir saya untuk Benfica.”

Bakal pecah rekod Buffon

Ederson yang diwakili oleh ejen pemain terkenal, Jorge Mendes dijangka akan memecahkan rekod dunia perpindahan penjaga gol termahal jika Manchester City bersetuju dengan harga £34.9 juta yang diletak oleh Benfica.

Ketika ini rekod itu dipegang oleh Gianluigi Buffon apabila Juventus membayar £32.6 juta kepada Parma untuk mendapatkan servisnya pada tahun 2001.

Buffon Dan Thuram

Cuma masalah City ketika ini adalah mereka mungkin perlu mengahadapi sedikit kesulitan untuk membeli 50% hak ekonomi Ederson yang dipegang oleh Rio Ave (kelab lama Ederson). Benfica memegang baki 50%.

Bagaimanapun jika kita memerhatikan kekuatan kewangan City, mereka dijangka tidak mempunyai masalah untuk membayar apa sahaja harga yang diminta oleh Benfica dan Rio Ave.

Baru-baru ini, City membayar £43 juta untuk mendapatkan Bernardo Silva dari AS Monaco.

Jika Ederson benar-benar berhijrah ke City, kami menjangkakan ia petanda jelas pengakhiran karier Joe Hart di Etihad Stadium. Dengan pemergian Willy Caballero, kami tak menjangkakan Hart mahu menjadi penjaga gol ke-3 City pada musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN