Juara bertahan, Manchester City bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas pasukan Chelsea.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang menghiburkan, terutama sekali pada separuh masa pertama, dengan gaya permainan terbuka.
Chelsea bermula dengan baik sekali. Mereka menyerang pasukan Manchester City dengan beberapa siri ancaman ke arah gol.
Namung sayang sekali Willian dan Tammy Abraham gagal menyempurnakan peluang keemasan mereka.
Masih lagi Chelsea mampu mendahului di hadapan menerusi N’golo Kante yang meleretkan bola melepasi Ederson pada minit ke-21.
3 – N'Golo Kanté has scored three goals from his three shots on target in the Premier League this season. Efficient. #MCICHE
— OptaJoe (@OptaJoe) November 23, 2019
Tersentak dengan gol itu, Manchester City meningkatkan lagi intensiti permainan mereka. Hasilnya pada minit ke-28, bekas pemain Chelsea, Kevin De Bruyne menjaringkan gol pembukaan. Rembatan deras rendag De Bruyne terbias pada Kurt Zouma.
Pada minit ke-37, giliran Riyad Mahrez meletakkan Chelsea di hadapan dengan gerakan solo menarik dari bahagian sayap ke dalam kawasan gol. Mahrez melakukan lencongan rendah yang tidak dapat diselamatkan oleh Kepa Arrizabalaga.
Sergio Aguero hampir menghukum kesilapan Kepa. Namun rembatan beliau terkena palang gol.
Pada separuh masa kedua, gol Raheem Sterling dibatalkan kerana ofsaid oleh VAR.
Happy to improve my VAR overruled goals record today again 💯 damn this thing gonna kill me bro 😂😂😂 #cursed pic.twitter.com/pLSjYkLp5Z
— Raheem Sterling (@sterling7) November 23, 2019
Chelsea gagal mendapatkan gol penyamaan yang mereka cari dan mengakhiri perjalanan cemerlang mereka.
Manchester City menang 2-1 dan mengekalkan jarak 9 mata daripada Liverpool di puncak liga. Manchester City turut memintas Chelsea untuk berada di tangga ketiga di dalam carta liga.