Manchester City 3 Arsenal 1, Penjaga Garisan Buat Keputusan Kontroversi

Arsenal bertandang ke Etihad untuk berhadapan dengan pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik, Manchester City.

Satu perlawanan menghiburkan disajikan oleh kedua-dua pasukan. Manchester City mendahului menerusi Kevin De Bruyne menerusi satu rembatan deras daripada half space.

Arsenal agak goyah selepas itu namun Manchesster City gagal menambah lebih banyak gol pada separuh masa pertama.

Bersambung pada babak kedua, Manchester City dihadiahkan sepakan penalti dan ia disudahkan oleh Aguero. Penalti itu berpunca daripda Monreal yang menjatuhkan Raheem Sterling.

Namun tidak lama selepas itu, Alexandre Lacazette menghidupkan semula persaingan dengan merapatkan jurang gol. Lacazette menerima hantaran kemas daripada Ramsey untuk melakukan percubaan deras dari sebelah kanan.

Selepas gol tersebut, Arsenal bermain dengan lebih baik. Karakter mereka lebih garang. Arsenal lebih banyak melakukan serangan.

Tetapi malangnya, semangat Arsenal seakan-akan direntap oleh keputusan lemah oleh penjaga garisan. Gol ke-3 City adalah berpunca daripada bantuan gol David Silva yang menerima bola dari kedudukan yang jelas ofsaid.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan City 3-1. Arsenal kini berada di tangga ke-6. Liverpool memintas mereka walaupun tidak bermain hari ini kerana jumlah jaringan. Perbezaan jaringan Arsenal dan Liverpool adalah sama.

Rekod Arsenal di tempat lawan terus menjadi igauan ngeri mereka terutama sekali rekod ke atas 6 pasukan teratas.

Petr Cech masih lagi gagal memperbaiki rekod beliau ketika berhadapan dengan sepakan penalti di Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN